Mohon klik iklan 1X yer

29 January 2012

Kontroversi terkini Anwar - Sokong Israel

Pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kontroversi terkini ekoran kenyataannya "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel" dalam akhbar Wall Street Journal.


Sokongan yang dilaporkan itu menyusuli kenyataan beliau berhubung undang-undang berkaitan liwat yang disifatkan sebagai lapuk dan perlu dimansuhkan.


Anwar sebelum ini menegaskan penolakan terhadap undang-undang seks luar tabie dalam wawancara dengan Associated Press di Malaysia dan dengan BBC di India.


Pendirian Anwar berhubung homoseksualiti itu, yang menyusuli kenyataan Human Rights Watch, dilihat sebagai satu bentuk sokongan kepada golongan berotientasi seks luar tabie, walaupun tidak dinyatakan sokongan dengan jelas.

Datuk Seri Noh Omar Diculik.

Alasan untuk memancing undi pada pilihan raya umum akan datang bukan sebab utama kerajaan BN membantu menyegerakan projek pangsapuri Residensi Bistaria dekat Hulu Klang yang terbengkalai sejak sembilan tahun lepas, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata perkara itu telah dibawa ke Kabinet pada 2010 dan ia mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Kerajaan BN hanya mahu membantu rakyat dan bukan tunggu semasa pilihan raya sahaja kerana pihak kami telah membantu rakyat setiap masa, malah perkara ini kami sudah terima sejak 2010, jadi ada pilihan raya ke, tiada pilihan raya ke, kita akan terus akan memberi pembelaan kepada rakyat," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan kunci blok pangsapuri berkenaan semalam.

28 January 2012

PAS sasar 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah

Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.
Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding.
Sejak beberapa bulan lepas, pelbagai badan dalam PAS turun ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung. Antaranya yang berkaitan dengan pilihan raya dan penerangan.Yang terakhir adalah rombongan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang dipimpin Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rombongan Lajnah Penerangan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim memacakkan kayu asas surau di pulau Shanghai, Sandakan

Elaun RELA dinaikkan lagi

Kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.
  
"Saya dah bincang dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Mahmood Adam), dan permohonan Rela (untuk naikkan elaun) itu bolehlah diluluskan segera," katanya.
  
Beliau berkata demikian semasa berucap di perhimpunan Perdana Rela bersama Perdana Menteri di Dewan Maeps, Serdang, yang dihadiri kira-kira 30,000 anggota Rela dari seluruh negara.
  
Difahamkan elaun bertugas bagi pegawai dan lain-lain pangkat Rela masing-masing ketika ini ialah RM5.80 dan RM4, dan kadar elaun yang baru diumumkan itu akan mula berkuatkuasa tidak lama lagi.

- Bernama

Satu lagi percubaan cemarkan Anwar

Laporan muka depan di akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam yang memetik salah seorang anggota Trio 'Datuk T' mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi percubaan untuk mencemarkan reputasi ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Katanya, kenyataan Datuk Shuib Lazim yang juga bekas bendahari PERKASA, dalam Utusan Malaysia adalah satu percubaan yang jelas untuk meletakkan asas bagi video seks baru yang direka bertujuan untuk mencemarkan reputasi Anwar.

"Kami menjangkakan lebih banyak pita lucah seumpama itu akan direka dan diedarkan memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," kata Surendran berkata dalam satu kenyataan lewat semalam, sambil mendakwa ia adalah taktik "kotor dan tidak bertamadun" Umno dan BN.

Video Seks Anwar Ibrahim

Wow!!Video seks terbaru Anwar akan didedahkan oleh Dato T jika anwar menyaman depa nie.Inilah ugutan terbaru yang dibuat oleh Dato T kepada anwar.Tak habis-habis puak nie dengan video seks.Kalau nak dedah,dedah jaa woii!!..Wat apa nak ugut-ugut buat apa lagi dok tunggu-tunggu.Boleh dok main wayang lagi hangpa nie.Anwar ni lagi satu masalah aku tengok.Awat tak saman puak-puak ni?Sedangkan hang boleh saman Utusan.hang saman la puak-puak ni.Nak tengok depa nak dedahkan@wayang dari depa.Jika hang duk takat ni tak saman-saman puak ni semakin kuranglah kepercayaan rakyat bawahan kepada hang nie..
 
Aku kadang-kadang tak puas hati jugak dengan anwar ni.Aku memang tak berapa mahu ambik tahu sangat dengan anwar nie.Itu sebab blog aku jarang papar cerita pasai anwar nie.Sory la wei!!Aku memang tak berminat dengan cara hang.Terus terang aku bagitau aku memang tak berminat!!Kalau nak kekalkan keyakinan rakyat kat hang,hang saman jer depa ni bagi buktikan hang betul-betul difitnah dan tak bersalah.Depa dah banyak kali cabar hang saman,hang pulak sengap ja tak menjawab.
Jika nak kekalkan kepercayaan rakyat kepada hang dan pakatan rakyat.Buat macam apa hang buat kat utusan!!!

27 January 2012

Berapa gaji wakil rakyat kita dan apa kerja mereka


Apa sebenarnya tugas seorang wakil rakyat ni, samada mereka ini Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen? Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, apabila ada kenduri kendara, apabila ada perasmian bangunan, apabila ada banjir atau kebakaran, apabila ada borang permohonan rumah, tanah, biasiswa untuk ditandatangani? Apa kerja wakil rakyat kita sebenarnya?

Kalau rakyat tidak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang sebenarnya, lebih teruk lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka, tak tahulah apa nak cakap.
 

Buang sisa Lynas di pulau

NONESyarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.

Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu.

Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah (kanan), yang juga naib presiden PKR.

Ahmad Maslan sangkal dakwaan Felda akan alami defisit

Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
  
Sambil menolak dakwaan bahawa Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila FGVH diapungkan, Ahmad menegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sebaliknya Felda akan tetap meraih pendapatan melalui pelaksanaan strategi yang dirangka.
  
"Sebelum penyenaraian, kita telah teliti strategi mekanisme untuk pastikan Felda akan dapat pendapatan," katanya dalam sidang media sebelum menghadiri program Wacana Minda Angkatan Prihatin Terengganu, semalam.
  
Ahmad berkata antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.
    

Hasan Ali akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.
orange book forum klscah 250111 khalid samadSambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.

Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

26 January 2012

Pemimpin Hindraf tak sehaluan

NONEPemimpin Hindraf nampaknya tidak sehaluan berhubung penglibatan penyokong mereka dalam gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) ekoran gangguan terhadap ceramahnya oleh sekumpulan pengacau di Shah Alam Sabtu lalu.

Manakala pemimpin umum dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar (kanan) menggesa ahlinya supaya tidak menyertai sebarang forum ABU pada masa akan datang, tetapi pengerusi kumpulan itu, P Waytha Moorthy pula mahu mereka terus menyokong ABU.

Dalam satu kenyataan hari ini, Waythamoorthy berkata, Hindraf  - di konvensyen tahunannya pada 4 Disember -  telah memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembangkang, dan menolak kenyataan abangnya, Uthayakumar.

25 January 2012

FGV kini dikenali sebagai Felda Global ventures Holding Bhd

Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) kini akan dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Bhd.
  
Status syarikat itu berubah daripada sebuah syarikat sendirian berhad, berikuan kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 Januari, kata Felda Global Group hari ini.
  
Katanya dalam satu kenyataan, perubahan status itu merupakan sebahagian daripada proses awal persediaan bagi tawaran awam awal (IPO) syarikat itu menjelang Jun.
  
FGV telah melantik beberapa penasihat bagi penyenaraiannya di Bursa Malaysia Securities Bhd.
  
- Bernama

Datin Sri Rosmah memang buat pembelian

Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

NONEMenjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini
untuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald."Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "

24 January 2012

Peneroka terimalah akibatnya

ALOR SETAR, 17 Jan: "Sudah tidak boleh buat apa-apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Kamu semua yang menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat itu untuk dimajukan, jadi sekarang kamu sendirilah yang mesti menerima akibatnya."

Begitulah kata-kata pemimpin-pemimpin Umno apabila 377 peneroka Felda Cahaya Baru di Masai, Johor Bahru, Johor mengadu kepada pemimpin-pemimpin pati itu, setelah menyedari mereka menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tanah-tanah milik mereka tergadai.

Pada hal, kejadian itu berlaku setelah mereka dipengaruhi oleh para pemimpin Umno sendiri agar menyerahkan tanah-tanah milik mereka itu kepada pihak pemaju terbabit dengan janji dan harapan akan menjadi jutawan segera.

Menyamun Selama 54 tahun.

Oleh: Lianglahat
Baru-baru ini pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajibkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Namun gesaan itu telah ditolak oleh Nazri Aziz sebagai berkata...
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan..." 

Nazri Aziz enggan menerima cadangan supaya menteri-menteri dan pasangan mengisytiharkan harta...
tengok juga artikel berkaitan [PEMIMPIN BN TAK BOLEH ISYTIHARKAN HARTA]

23 January 2012

Mahathir cadangkan menteri enggan isytihar harta letak jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini menteri kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri sahaja.

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy cabar DAP kemuka lebih ramai Melayu

Pemuda BN mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai anggota daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang anggota bangsa Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.

"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai anggota yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukkan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di Ipoh hari ini.

Datin Rosmah menafikan berbelanja mewah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

22 January 2012

Mat Sabu Di serang

Video Terkini Pergaduhan Yang Dicetuskan Budak-budak Sekolah Penyokong BN" semasa Ceramah ABU oleh Hj Mohd Sabu di Dewan MBSA seksyen 30, Jln Kebun Shah Alam. malam tadi.. Ceramah ABU  diserang secara fizikal oleh pemuda Umno. Ada hadirin yg cedera.. peniaga2 melayu dirosakkan gerai..
Sedihnya polis hanya mengawal, dan tidak berdaya utk menyuruh budak2 upahan tersebut bersurai.














21 January 2012

Sydney Morning Herald lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.

Sumber: Malaysiakini

SBPA mesti puaskan semua pihak sebelum dilaksana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.
  
"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di Kuantan hari ini.
  
Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
 

20 January 2012

Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari

NONEPengerusi unit media baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti papagomo dan parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain. "Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya penulis blog tersebut merupakan penyokong Umno tetapi menyifatkan diri mereka sebagai penulis blog bebas.

DAP letak calon Melayu di 4 negeri tumpuan

2012/01/20

KUALA LUMPUR: DAP didakwa akan meletakkan calon Melayu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri terbabit.

Selain itu, parti itu juga akan memilih calon berkenaan di negeri lain bagi memastikan mereka boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata mereka bertindak demikian berdasarkan kepada pengalaman pahit parti itu di Perak yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding lima (PAS), enam (Parti Keadilan Rakyat) tetapi terpaksa memberi jawatan Menteri Besar kepada PAS akibat tidak mempunyai calon Melayu.

Pas Perak Melanggar Perjanjian

IPOH: PAS Perak `melanggar' persetujuan pembangkang untuk mengekalkan status quo kerusi yang akan ditandingi di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.

Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan DUN Behrang, tetapi dibantah PKR negeri.Pada PRU-12, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh calon PKR tetapi mereka membuat keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas beberapa bulan kemudian.

Bagaimanapun, hasrat PAS Perak diumumkan semalam dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi pada PRU-13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan ke pimpinan pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

Sumber : Berita Harian

Pelajar didakwa ugut PM dalam Facebook

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini,  kerana didakwa menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.
  
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda, Kedah itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. 
 

Betoi ke Hassan Ali Bakal Calon UMNO BN

Oleh: Addin77
Hassan Ali makin hari makin galak mengkritik PAS. Jikalau dulu, kalau nak kritik PAS dan Pakatan Rakyat masih menggunakan bahasa  berlapis tetapi sekarang Hassan Ali sudah terang-terangan menyerang PAS. Mungkin ini yang di impikan oleh Hassan Ali selama ini. Dendam kesumat selepas di singkirkan dari PAS masih membara di hati Hassan Ali.

Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku?

PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut.
Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.
Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.
Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.

Penjenamaan Kempen PAS Perak : PERAKITE


PAS Perak perkenal Perakite, mesra rakyat

IPOH : Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke-13 telah memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak.
 
Dalam penjenamaan kempen PAS Perak tersebut, slogan Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat bakal dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 20 Januari ini.

Pelancaran tersebut bakal diadakan di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama, Paya Renggam, Padang Rengas yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.

Pengarah Program Pelancaran Perakite, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, pembaharuan kempen itu diperkenalkan bagi meneruskan suasana bahang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan pelbagai program bersama rakyat akan disusun disemua kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh PAS.

Katanya, program mesra rakyat dan kebajikan itu antara pengisian program yang telah dirancang sehingga tarikh PRU13 nanti bahkan tema yang dilancarkan turut dibawa oleh semua jentera parti.

19 January 2012

Kajian Najib lebih berkemampuan dari Anwar

pemidato dan penyampai yang baikSatu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun sebahagian besar daripada 2,559 responden kajiselidik itu yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel) di seluruh negara, "tidak pasti", tetapi Najib mendahului dalam beberapa kategori.

Hero UMNO Tumpas 2x

Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah hari ini sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kuota kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus
mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Apa yang menarik mengenai Exco baru ini, ialah beliau pernah difitnahkan oleh Berita Harian yang menyiarkan berita "Tikam dari belakang - Calon PAS".


Selepas PRU11,2004, pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan NSTP.


Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan Kumpulan NSTP setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr. Ahmad Yunus.
~ pascawanganbukitsentosa2

Menteri2 Malaysia dalam bahaya - Nazri

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

NONE"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

~ Malaysiakini

PAS Perak perkenal pendekatan baru

18 Januari 2012 (IPOH) - Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke 13 telah memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak.

Dalam penjenamaan kempen PAS Perak tersebut, slogan Perakite; Rakyat Sepakat Perak Berkat bakal dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada 20 Januari 2012 ini nanti.


Pelancaran tersebut bakal diadakan di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama, Paya Renggam, Padang Rengas yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Abu Bakar Hussien.

Jom Kenali Parasit Dalam PAS

Riuh sekarang ni apabila Hasan Ali membiarkan dirinya dipergunakan oleh media perdana yang dikuasai Umno. Media perdana tersebut memang diketahui semua merupakan musuh tradisi pembangkang sejak dahulu lagi, sejak Umno mula merasakan Malaysia mereka punya, Islam merekalah yang memeliharanya, Melayu merekalah yang membelanya, Raja-raja merekalah juga yang mendaulatkannya.
Hasan Ali ketika disoal samada dia akan masuk Umno dengan tegas mengatakan tidak tetapi dia sendiri tahu yang soalan itu juga keluar daripada lidah orang suruhan Umno. Dia masih sayangkan Pas dan berazam mahu membersihkan Pas daripada apa yang digelarkannya sebagai 'Parasit'.

Pengunjung program Muhyiddin kecewa

SEMPORNA, 18 Jan

Hampir 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan tidak ditepati oleh kerajaan negeri.
 
Yang Dipertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.

“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan. “Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 sahaja yang menerima bantuan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat. “Apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu secara serius dan adil,” katanya.

Shahrizat, Segalanya sudah terlambat.

Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (bawah) berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.

NONE"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".

Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.

Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.

18 January 2012

Azwan Ali bertaubat

Dalam sidang media bersama dengan adiknya Umi Hafilda Ali, Azwan Ali turut melafazkan sumpah tidak akan menghina dan mengaibkan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga beliau.
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Mohd Azwan bin Ali melafazkan sumpah dengan nama Allah tidak akan menghina, mengeji dan mengaibkan serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah kepada Ummi Hafilda.
"Saya hamba Allah yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan bersandarkan hasutan daripada sesetengah pihak," kata Azwan Ali.
Azwan Ali sebelum ini telah mengkritik beberapa Pemimpin UMNO termasuklah menyelar tindakan Umi Hafilda yang terus menerus membuat dakwaan perilaku yang dikatakan sumbang mengenai Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.
Azwan dalam sidang media yang sama, Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Umi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik mereka iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah beliau mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.
~ siasahkini

Mahasiswa protes sikap membisu PAS

NONEKira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

Bekas menteri mengaku BN beli undi dengan wang tunai


Oleh Lee Wei Lian January 17, 2012

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

17 January 2012

Shooting "Aku Mahu Terbang"

Stesen radio 'haram' persiapkan diri hadapi PRU13

Radio Free Sarawak (RFS) sedang mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang, dengan mengumumkan nombor telefon tempatan bagi membolehkan pendengar berinteraksi dengan stesen radio yang beroperasi tanpa permit kerajaan itu.

NONE"Ini adalah penting, terutamanya sepanjang tempoh pilihan raya supaya pendengar boleh menghubungi kami secara langsung bagi meluahkan masalah dan isu yang dihadapi mereka serta juga memberi pandangan dan pendapat mereka," kata pengasas stesen radio itu, Clare Rewcastle Brown (kiri), yang juga memiliki laman web  Sarawak Report.

Mengikut spekulasi, pilihan raya umum ke-13 diramalkan akan diadakan seawal bulan Mac atau Jun tahun ini.

Selain nombor telefon yang boleh dihubungi, stesen yang berpangkalan di London itu juga memperkenalkan beberapa pengacara baru apabila ia dilancarkan semula esok. Antara mereka, termasuk penyampai bahasa Iban yang terkenal Christina Suntai, dan kemunculan semula Peter John Jaban, DJ asal stesen ini yang menggunakan nama Papa Orang Utan (atas, kanan).

Dalam satu kenyataan media semalam, Rewcastle Brown berkata sebagai pelancaran itu, stesen berkenaan berjanji akan membuat pendedahan eksklusif yang melibatkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Sarawak.

Stesen anti-Taib juga akan kembali ke udara melalui frekuensi radio asalnya pada gelombang pendek 15420 kHz, selepas terpaksa ditukar kerana disekat semasa pilihan raya Sarawak April tahun lalu.

Ia akan bersiaran dari jam 6 petang hingga 8 malam setiap hari.

~malaysiakini

Beri royalti minyak jika ikhlas mahu tolong Melayu

Kerajaan persekutuan yang diterajui BN hari ini dicabar memberikan royalti petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan sekiranya ia benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat khususnya orang Melayu di negeri itu, kata Pemuda PAS.

“Isu royalti Kelantan menunjukkan belang sebenar pemimpin Umno dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini.

PAS buang masa bila cuba tutup kemarahan Hasan Ali.

Bila Hasan Ali dedahkan terdapat sekumpulan parasit yang wujud didalam PAS bagi menyingkirkan perjuangan Islam beliau, ramai pemimpin-pemimpin PAS sendiri sudah mula kepanasan. Mereka mendesak supaya Dr Hasan Ali menampilkan bukti terhadap dakwaan tersebut.
Yang paling lantang mengecam kenyataan Hasan Ali itu ketika ini ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani yang juga merupakan ADUN kawasan Meru. Dr Rani menyifatkan Hasan Ali cuba untuk mencemarkan imej PAS dan cuba untuk menaburkan fitnah terhadap parti PAS itu sendiri.
Dan seperti yang kita tahu.., jika ada saja kecaman atau pendedahan yang tidak baik kena pada batang hidung PAS, maka dengan segera topeng Islam mula digunakan. Sama juga keadaannya dengan Dr Rani, beliau mengatakan yang Hasan Ali tak Islamik kerana membuat dakwaan tanpa sebarang bukti, sedangkan Islam mengajar betapa perlunya untuk membuktikan setiap tuduhan yang dibuat.

Penulis blog di saman fitnah RM10j

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

NONEKetika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

NONE"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu,  Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar.
~Malaysiakini

Pakatan jamin keselamatan Hasan Ali

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

NONEBagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.

Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

16 January 2012

Jangan heret saya dalam perkelahian politik

Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.

~Malaysiakini

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katanya lagi.


~ Malaysiakini

Artis Malaysia Semakin Melampau!!!


Kehebatan Artis malaysia sekarang ni telah mengalahkan artis-artis hoollywood. Apa tak hebatnya bogel sana sini tu dah jadi perkara biasa bagi depa ni. tak kira jantan betina.YAng betinanya pakai baju tak cukup kain koyak sana sini. Naik meluat  SK tengok dengan gaya pakaian artis-artris malaysia la ni.. X  dak maruah.pakai baju mengalahkan kapiaq lepastu pulak pi cakap bab-bab hudud. Cakap macam gila meroyan ja...
Terbaru!!Seorang artis mana tak tau Pi tayang gambar bogel. Hahahah. Macamla hensem sangat tayang badan tuuu...Khabarnya artis lelaki ni hero drama tari tarani, Ammar Alfian Aziz ni adalah merupakan model yang terkenal di luar negara sebelum membintangi drama ni..

Sebelum ni, beliau pernah dilanda kontroversi dengan kekasihnya..apabila gambar 'terlampau' mereka tersebar di internet..
Apa Tindakan Pak Menteri Anak Yatim???? 
~http://siasahkini.blogspot.com