Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

3 October 2014

Kami Tak Nak BR1M

Isu minyak: Penerima sanggup BR1M dihentikan


Kebanyakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini lebih sanggup bantuan tersebut dihentikan, berbanding harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kerana kenaikan bahan api itu meningkatkan lagi kos sara hidup.

Adnan Mohamad, 45, berkata, kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan, seterusnya menjadikan perbelanjaan harian termasuk keperluan dapur setiap keluarga meningkat.

“Sebagai penerima BR1M, saya akui bantuan ini sangat berguna, namun kalau berjimat sekalipun, bantuan ini bertahan beberapa bulan sahaja.

“Sedangkan kenaikan harga bahan bakar ini pula beri kesan secara menyeluruh, bahkan kalau nilai BR1M dinaikkan lagi sebanyak RM300 seperti diumumkan baru-baru ini, ia tetap tidak setimpal sebab rakyat perlu berhadapan dengan harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal berbanding sebelum ini,” katanya.

19 February 2012

Keputusan BR1M bukan di tangan wakil rakyat

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata kelulusan atau penolakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan ditentukan oleh wakil rakyat atau pegawai daerah.

Oleh itu, pemohon yang gagal tidak sepatutnya menyalahkan atau memarahi mereka, katanya pada majlis bertemu rakyat dan upacara memasuki rumah baru di rumah panjang Barak Gadom di Nyalak Ili sebanyak 27 unit di Pakan, Sarawak malam tadi.

NONEKata beliau antara sebab utama sesuatu permohonan itu ditolak ialah kesilapan pemohon dalam mengisi borang.

Salang berkata setiap wakil rakyat BN  bertanggungjawab menjaga kebajikan semua penduduk di kawasan yang mereka wakili, tanpa mengira fahaman politik.

"Dia tidak boleh mengutamakan anggota BN sahaja dalam pengagihan sesuatu bantuan atau geran. Walaupun ada anggota parti yang tidak berpuas hati dengan perkara ini, tapi saya harap mereka akan sedar bahawa kerajaan BN adalah kerajaan untuk semua rakyat," katanya.

- Bernama

19 January 2012

Pengunjung program Muhyiddin kecewa

SEMPORNA, 18 Jan

Hampir 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan tidak ditepati oleh kerajaan negeri.
 
Yang Dipertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.

“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan. “Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 sahaja yang menerima bantuan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat. “Apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu secara serius dan adil,” katanya.