![]() |
| PENYOKONG Sarawak menyalakan suar selepas tamat perlawanan Piala Malaysia antara Perak bertemu Sarawak di Stadium Negeri. - Foto Mas Adib Saie |
Kecewa dengan keputusan seri 1-1 dilakar Sarawak ketika berdepan Perak dan mutu pengadilan dianggap rendah, ratusan penyokong skuad negeri itu merusuh di dalam dan luar Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.
Keputusan yang mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia itu menyaksikan penyokong bertindak meluru masuk ke kawasan balapan sebelum menendang papan iklan dan melempar papan berkenaan ke dalam padang.
