
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.
Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.
"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibupejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).
“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.
Selain Mohd Aiman,
pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang
digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain
dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat
amaran.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.