Pemimpin Hindraf nampaknya tidak sehaluan berhubung penglibatan
penyokong mereka dalam gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) ekoran gangguan
terhadap ceramahnya oleh sekumpulan pengacau di Shah Alam Sabtu lalu.Manakala pemimpin umum dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar (kanan) menggesa ahlinya supaya tidak menyertai sebarang forum ABU pada masa akan datang, tetapi pengerusi kumpulan itu, P Waytha Moorthy pula mahu mereka terus menyokong ABU.
Dalam satu kenyataan hari ini, Waythamoorthy berkata, Hindraf - di konvensyen tahunannya pada 4 Disember - telah memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembangkang, dan menolak kenyataan abangnya, Uthayakumar.