Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana
Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di
kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah
membelanjakan A$100,000.
Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini
untuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".
Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald."Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.
"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "
Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakiniuntuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".