Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji
penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi,
mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau
tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu.
Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah (kanan), yang juga naib presiden PKR.