Mohon klik iklan 1X yer

19 January 2012

PAS Perak perkenal pendekatan baru

18 Januari 2012 (IPOH) - Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke 13 telah memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak.

Dalam penjenamaan kempen PAS Perak tersebut, slogan Perakite; Rakyat Sepakat Perak Berkat bakal dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada 20 Januari 2012 ini nanti.


Pelancaran tersebut bakal diadakan di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama, Paya Renggam, Padang Rengas yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Abu Bakar Hussien.
Pembaharuan kempen ini diperkenalkan bagi meneruskan suasana bahang Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti dan pelbagai program bersama rakyat akan disusun disemua kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh PAS.

Program mesra rakyat dan kebajikan ini antara pengisian program yang telah dirancang sehingga tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 nanti bahkan tema yang dilancarkan turut di bawa oleh semua jentera parti.

Berikut adalah intipati sidang media oleh Pengarah Program Pelancaran Perakite, Haji Mohd Misbahul Munir Masduki yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak untuk memaklumkan pelancaran slogan kempen tersebut.

Turut bersama adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Amin dan juga Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Safarizal Saleh di dalam sidang media bagi melancarkan slogan kempen baru PAS Perak tersebut.


Safarizal Saleh
http://perak.pas.org.my/

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.