Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label Perbadanan. Show all posts
Showing posts with label Perbadanan. Show all posts

19 January 2012

Shahrizat, Segalanya sudah terlambat.

Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (bawah) berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.

NONE"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".

Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.

Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.