Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas
Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan
mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti
dilapor media.
Bagi
beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada
masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu
kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya
untuk memilih.
Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.
"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.
"Saya
juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti
apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen
Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.
Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.
"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.
Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.
Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

"Kita tidak akan bertindak seperti PERKASA yang mengganggu ceramah (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu seperti sebelum ini.
"Jadi Hasan tidak perlu risau," kata Mahfuz lagi
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.