Mohon klik iklan 1X yer

30 November 2012

Aktivis PAS berada di GAZA.

GAZA: Beberapa aktivis PAS kini berada di Gaza bagi membantu umat Islam di sana yang memerlukan pertolongan selepas diserang oleh regim Israel.

(Ustaz Ridhuan bersama Zulkifli Wahijan melihat salah seorang mangsa serangan Israel di Gaza.)

Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS dan Zulkifli Wahijan, AJK PAS Kawasan Selayang adalah antara aktivis PAS yang kini berada di sana.

Mereka memasuki Gaza atas nama Muslim Care, NGO yang memerjuangkan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.

Di samping membantu merawat mangsa serangan, Muslim Care juga membantu membina kilang roti untuk membekalkan makanan kepada mangsa serangan.

29 November 2012

Statistik jenayah pun nak tipu.

NONEBekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan menggesa supaya statistik jenayah disahkan secara bebas kerana sesetengah kes mungkin salah dikelaskan.

Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Musa berkata, pada tahun 2007, beliau telah memulakan siasatan terhadap polis daerah Sentul selepas data rasmi menunjukkan jenayah berkurangan di kawasan itu.

"Saya tidak percaya jenayah berkurangan (di Sentul), jadi saya minta pegawai saya (dari bahagian tatatertib untuk memeriksa) dan mendapati terdapat banyak kesilapan dalam mengklasifikasikan laporan," katanya.

Najib setuju.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

28 November 2012

Peraturan am penceramah Pemuda PAS


a] Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la] seterusnya Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.

b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]

Anak Anak Peneroka

Anak Anak Peneroka 
anda sihat?
sedang berkira kira untuk kemana kalian esoknya ?? .....
meneruskan kerja ??..
masih tersenyum mengelamun bersenda gurau tadi siang bersama anak anak isteri .. keluarga dan sahabat di kesempatan cuti ini ??

Anak Anak Peneroka ...
anda sihat ??
maaf jika persoalan yang aku akan utarakan sekejap nanti mengundang kemarahan dan mengganggu lamunan enak tadi siang ...

27 November 2012

Khairy dikalahkan Nasrudin Tantawi



Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk di tangan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.  

26 November 2012

PAS minta ahlinya pantau penjualan tanah bumiputra

PAS disetiap negeri disaran menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memantau serta memberikan penerangan kepada rakyat terutamanya orang Melayu tentang risiko penjualan tanah mereka.

Demikian kata Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Beliau mengulas penjualan tanah kepada bukan bumiputra yang banyak berlaku di Seberang Prai sekarang ini.

Jangan manipulasi teks agama

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) meminta Sister In Islam (SIS) dan sesetengah pihak sekularis supaya berhenti memanipulasi teks agama untuk disesuaikan dengan perspektif sekular termasuk dalam isu kebebasan beragama. 

    
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Noor berkata tindakan itu merupakan suatu penistaan agama yang menjadi sebahagian daripada menifestasi `religionfobia'.
    
"Ia telah pun dianggap suatu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ramai Pemimpin UMNO mengaku buat salah

 
Akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah. Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin. 

24 November 2012

Kecoh! Konvoi Jelajah Dun Slim disekat di Besout

Konvoi Jelajah DUN Slim diketuai oleh YDP Pas Kawasan Tg. Malim yang sedang dalam perjalanan ke Felda Gugusan Besout ketika ini telah tahan oleh kumpulan yang tidak senang dengan program PAS Tanjung Malim. Suasana ketika ini agak panas kerana terdapat seramai lebih kurang 50 orang membuat sekatan terhadap laluan konvoi tersebut.

Ketua konvoi, En. Aminuddin Zulkifli cuba mengadakan rundingan dengan kumpulan tersebut, tetapi pihak yang membuat sekatan berkeras untuk tidak membenarkan konvoi tersebut meneruskan perjalanan.

23 November 2012

Aduhai! keluh kesahku.


Dulu masa aku baru kenal dunia dgn adik beradik seramai 14 0rang, makan minum boleh ditanggung ayah yg hanya bekerja di pagi hari, tiada yg kebulur. Tanah Melayu di bawah Perikatan.   

22 November 2012

Hebat depa kempen sampai ke Siam

Lu duduk kumpulan mana?

1.  Ada banyak bezanya memahami politik antara yang baru hendak gelumang dengan politik dengan ahli politik yang sudah pro.

2.  Yang baru, ikhlas dan tulus. Ada juga yang pasang niat macam nak beli insuran hayat kalau BN tumpo.

3.  Manakala sang politikus pro, ada bezanya yang duduk atas bumbung parti dengan yang duduk dekat bawah yang tak bersimen.

21 November 2012

Yahudi Israel mula terkincit


"Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda. Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. Ali Imran: 125-126)

19 November 2012

RM15 isi borang BR1M di Felda Besout.

Apa sudah jadi Bhai. Khabar sohih menyatakan terdapat seorang setiausaha parti di Felda Besout 2 mengenakan bayaran RM15 untuk mengisi borang BR1M 2.0. Uncle gua merupakan salah seorang yang sudah dimangsakan.

18 November 2012

Anwar kata Hadi boleh jadi PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri seperti yang disyorkan oleh seorang perwakilan Dewan Ulama di Muktamar PAS ke-58.

"Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam hari ini.

Melayu sokong gereja

Mungkin ramai yang tak peduli dengan kewujudan sebuah pusat seminar , rekreasi dan latihan yang terletak di  Kuang, Selangor.
Bukan sebarangan pusat bro, ini pusat latihan untuk merekrut para pendakwah Kristian. Kira tersohor la jugak kampung ni di mata dunia.

17 November 2012

Cucu Peneroka Felda disembelih bapa

Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat Kuantan semalam.
    
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.

PM Malaysia : Haji Hadi calun terbaik.


Wakil Dewan Ulama PAS Pusat,  Hairun Nizam Mat Hussain hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

"Siapa orang paling terbaik, (kalau) bukan Tok Guru Presiden (Abdul Hadi)?

"Sepatutnya Datuk Seri Abdul Hadi jadi kepala (ketua) kerana beliau orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam," katanya.

Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'


anwar in kota bharuKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.

"Umno kini sasau, meroyan dan meracau... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.

"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

16 November 2012

Peneroka Felda Faham ke


Inilah wajah Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Maklumlah, 75% staff Felda tidak bersamanya. Saya difahamkan, Wisma Felda Jln Semarak dipasang 40 CCTV khususnya dalam pejabat bagi merakam pergerakan dan perbualan Staff. Ianya bagi mempastikan tiada kebocoran maklumat. Kata mereka, hidup macam dalam penjara!  

Esok, Faizoull bersama Ahmad Maslan dan Isa Samad ke London melawat 100 pelajar tajaan Felda. Mereka belajar dari Okt hingga Januari 2013. Kos setiap seorang RM50,000. Salah seorang pelajarnya, anak Faizoull sendiri!

15 November 2012

Satu lagi projek 'kencing' BN di Felda Besout


Pada 17 April 2011, Felda Gunung Besout 1 dengan bangganya telah menerima kunjungan dari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry bin Abd Kadir bagi merasmikan upacara Penyerahan Geran dan Majlis Pecah Tanah Perumahan Generasi Baru Felda. Turut hadir bersama ialah Ahli Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi bin Abd Talib.

13 November 2012

N59 DUN Behrang milik siapa?

DUN Behrang nampak gayanya akan kekal diwakili oleh YB Jamaluddin Mohd Radzi  walau pun beliau bertanding di atas tiket bebas. Yb Jamaluddin sebelum ini dicemuh oleh rakyat kerana meninggalkan Pakatan Rakyat, namun YB Jamal tidak pernah meninggalkan pengundinya. Saban minggu beliau pasti akan berada di kawasannya untuk bertemu pengundi. Kalau mengikut elaun YB yang diterima pada setiap bulan, pastinya beliau tidak sanggup pulang ke kawasan setiap minggu melayan rakyat.  


Najib janji batalkan projek BN Selangor



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

"Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

12 November 2012

Nikmat buang angin


Pagi minggu itu, Amir dan Amirah sekeluarga hendak melawat Mak Su di kampong .Mak Su  baru melahirkan anak perempuan.  Setelah beberapa helai baju dimasukkan kedalam sebuah beg, mama mengunci pintu rumah. Ayah menghidupkan enjin kereta.  

“Tak sabarnya hendak melihat anak Mak Su,” kata Amir.

“Nanti Amirah hendak dukung  dia, bolehkan mama?” Tanya Amirah.

Umno belum putuskan isytihar harta untuk calon


Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih belum membincangkan rancangan untuk menetapkan calon barunya supaya mengisytihar harta masing-masing.

Umno bagaimanapun telah memfailkan borang pengistiharan harta dengan jabatan perdana menteri bagi calon yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan anggota exco, katanya.

Sepanjang pengetahuannya pengisytiharan harta untuk calon baru tidak pernah dibincangkannya.

"Masalah kami ialah, senarai calon panjang dan masih belum diputuskan," katanya dalam satu sidang media hari ini selepas melawat terminal bas Jalan Duta hari ini.

-Malaysiakini

11 November 2012

Perbezaan ''roadbock'' di Malaysia dan Negara Luar

Banyak pengguna jalan raya di Highway tidak puas hati dengan sistem roadblock di Malaysia.

Ini kerana tiga laluan dijadikan satu laluan menjadikan jalan sesak dan akan melambatkan pengguna Lebuh raya untuk sampai ke destinasi. Mungkin ini adalah cara terbaik untuk PDRM membuat sekatan Jalanraya demi kebaikan bersama. 

10 November 2012

Mengapa UMNO bermasaalah?

Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkepentingan. 

Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja. Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.

9 November 2012

Nurul Izzah buat aduan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin esok bagi membuat aduan terhadap sebuah akhbar yang didakwa memfitnahnya. 

"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Jais esok, jam 11 pagi untuk kemuka aduan terhadap laporan menyerang dan memfitnah saya.


"Ini kerana dakwaan yang disebut berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

8 November 2012

Tun kata anak PM lain pun dapat.

NONEBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi Sapura Kencana.

Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata: "Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

7 November 2012

4 November 2012

Dewasa 18SX - Jelita dengan sex

DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan. 

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

1 November 2012

AES - Cadangan PR dipersetujui Parlimen

Rata-Rata anggota Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan.
  
Malahan mereka berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan, lapor Bernama.
  
Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

"Saya menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di seluruh negara tetapi pemasangan AES harus diletakkan di kawasan yang sesuai.