Mohon klik iklan 1X yer

13 November 2012

N59 DUN Behrang milik siapa?

DUN Behrang nampak gayanya akan kekal diwakili oleh YB Jamaluddin Mohd Radzi  walau pun beliau bertanding di atas tiket bebas. Yb Jamaluddin sebelum ini dicemuh oleh rakyat kerana meninggalkan Pakatan Rakyat, namun YB Jamal tidak pernah meninggalkan pengundinya. Saban minggu beliau pasti akan berada di kawasannya untuk bertemu pengundi. Kalau mengikut elaun YB yang diterima pada setiap bulan, pastinya beliau tidak sanggup pulang ke kawasan setiap minggu melayan rakyat.  


Bhai, gua rasalah, sumbangan yang beliau terima semasa melompat dahulu tidak habis lagi. Perkara sumbangan yang diterima ini pernah beliau sendiri nyatakan dalam satu program beberapa waktu lalu. Ramai orang kampung yang dengar beb. Video pun ada. Tapi itu dia punya hal. Yang penting kebajikan pengundi dijaga.

Secara peribadi gua puji YB Jamaluddin ini. Beliau rajin melayan pengundi DUN Behrang. Tidak pernah lari atau menyorok dari ditemui orang ramai. Peramah, mesra dan mudah tersenyum. Sesiapa yang bertemu beliau kerana sesuatu hajat akan diberikan harapan walau pun ada kemungkinan tidak dapat dilaksanakan. Sikap dan cara YB Jamal bertemu pengundi patut menjadi contoh kepada Yb-yb dari BN dan Pakatan Rakyat.

Minggu ini sahaja dua program telah diadakan oleh Yb Jamal di pusat perkhidmatannya di tingkat atas, bersebelahan Restorent Aluha, Balun Slim River. Antaranya pemberian sumbangan Depavalli dan juga sumbangan kepada ketua-ketua kampung dan JKK Dun Behrang. Dan kotak sumbangan beliau tertera cop 1Malaysia. Agaknya BN kasi semua tu. Maklumlah, YB Jamaluddin merupakan YB bebas menyokong BN.

Calun dari BN untuk DUN Behrang khabarnya dari MIC. Kaum India dan Cina tidak suka kepadanya atas sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga jika calun PKR, mereka masih marah YB Jamaludin melompat tempohari. Jika dirisik pandangan kaum bukan melayu, mereka lebih suka jika PAS yang meletakkan calun.

Khabarnya Pakatan Rakyat pula akan meletakkan calun dari parti PKR. Di Behrang/Tg. Malim PKR sentiasa bergolak. Di luar nampak tenang, tapi di bawah, arusnya begitu bergelora. Masaalahnya berebut untuk menjadi calun. Kerja habuk pun tarak. Di peringkat ranting dan akar umbi PKR pula majoriti tidak suka kepada calun bayangan yang sedia ada. Mereka kata jawatankuasa PKR dalam DUN ini hanya lebih cakap dan syok sendiri sambil berangan-angan.

Pada pemerhatian gua, kalau Pakatan Rakyat  mahu menang di Dun Behrang, sebaiknya diletakkan calun dari Parti PAS. Pimpinan PKR dan PAS kawasan rajin2lah turun kedai kopi. Dengar-dengarlahlah sembang orang kampung. Itu pun sakit bhai, kalau nak menang.



9 comments:

  1. ngape di padam..... selamtkan behrangggg! wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman tak padam apa2 pun. Wujud dalam email, tapi ghaib di sini.

      Delete
  2. Salam Rojakpasembor

    Seghoper jer PKR ni kat maner-maner pun. Asyik berebut jer. Jawatan MB demer pun ader yang teringin rebut! Kesian kat DSAI, sana sini kempen, orang bawah dia buat taik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masaalahnya. Kata pakatan, tapi taim buat kerja musim pilihan raya takder orangnya.

      Delete
    2. Yong, Misbah kata PAS perlu tanding di Changkat Jering & Behrang kerana ADUN2 melompat.... tu bukan berebut ke? walhal pembahagian kerusi dah hampir selesai... kini di Pasir Salak pula PAS nak merayu kat Pusat....

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. PKR Cabang Tg Malim telah melaksanakan pelbagai aktiviti parti... Program memberi bantuan barangan dapur telah dilaksanakan di Jln Ketoyong, Ladang Ketoyong, Taman Bernam, Behrang Stesen, Felda Sg behrang, Behrang Ulu, Ulu Slim, Kg Menderang,Slim River, Kg Bikam, Bidor, Kg Balun, Slim Village... bantuan kerusi roda di Slim Village & Kg Lintah... ceramah telah dibuat di Bidor, Kg Ketoyong, Behrang Stesen, Slim Village, Hi-Tea di Kg Menderang bersama YB nurul Izzah.... Jamuan makan malam telah dibuat dengan jayanya di Slim River (2 kali) & Tanjong Malim.... DSAI dah 6 kali datang sejak PRU12 berceramah .... Setiap kematian orang Islam, Cina & India kami datang melawat.... termasuk di Tg malim, Pekan Trolak, Slim Village, Behrang Ulu... jamuan Hari Raya, Tahun Baru Cina & Deepavali dibuat setiap tahun.... kami membantu pelajar UPSI yang cedera semasa demo di malam hari tu.... kami tak tidur sampai pagi.....kami juga melawat kawasan banjir di Kg Menderang, Behrang Ulu, Pekan Trolak, trolak selatan.... kami memberi bantuan barangan dapur kepada mangsa banjir di Kg menderang... jgn nafikan kerja2 yang telah kami buat.... sepatutnya kita sebagai rakan PR jangan menghentam rakan2 seperjuangan... jangan kata kita aja yang buat kerja.... kami pun perlu melapor segala kerja ke pihak atasan....

    ReplyDelete
  5. Soal berebut calon di mana-mana pun berlaku... di dalam semua parti... yang sdr sebuk cadangkan untuk PAS bertanding di DUN Behrang tu bukan berebut ke? .... tumpukan kerja-kerja parti sdr.... kita perlu menang utk tumbangkan BN, bukan dok bantai kekawan.... hubungan kami dengan PAS terutama di dalam DUN Behrang amat baik sdr.... Soal Jamal jangan kaitkan dengan kami lagi... bukan semua orang Cabang berperangai macam Jamal.... kami dah reform.... PKR Cabang Tg Malim kini dikendalikan oleh orang-orang baru, anak tempatan... yang sangat jauh berbeza dari Jamal baik dari segi akhlak, tahap pelajaran & pegangan perjuangan....SALAM REFORMASI

    ReplyDelete
  6. SPRM dah masuk ke Pej Jamal, sdr tahu ke? Ramai AJK2 Bebas yang mesra BN dah lari..... DUN Behrang mungkin ditandingi oleh UMNO, Sdr boleh lupakan Jamal tu.... 2 nama yang disebut2 adalah Rusnah Kassim Ketua Wanita Bahagian Tg Malim & ADUN hulu kinta dan Syed Damiri Naib Ketua Bahagian.... Bukan senang nak menentang UMNO ni, tapi LAWAN TETAP LAWAN, Jamal dulu menang kerana undi UMNO... tapi kita kena ingat semasa Jamal dulu dia tidak berapa disukai oleh kaum Cina... mereka kata dia kuat Melayu... he he... tetapi pemimpin kami kini disukai & popular di kalangan orang Cina & India .... kerana dia selalu melawat kematian orang Cina dan India & bersama dengan mereka semasa program2 termasuk mengedar handbil2 di pekan Tg Malim, Behrang Stesen & Slim River.... Insya Allah jika kita bersama berjuang, kita boleh menang.... dengan sokongan dari kaum Cina, India, ahli2 PKR yg seramai 3,000 orang, ahli2 PAS serta anak2 muda.....

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.