Anak Anak Peneroka anda sihat? sedang berkira kira untuk kemana kalian esoknya ?? ..... meneruskan kerja ??..
masih tersenyum mengelamun bersenda gurau tadi siang bersama anak anak
isteri .. keluarga dan sahabat di kesempatan cuti ini ??
Anak Anak Peneroka ... anda sihat ?? maaf jika persoalan yang aku akan utarakan sekejap nanti mengundang kemarahan dan mengganggu lamunan enak tadi siang ... Anak Anak Peneroka.. Anda Sihat ?? ........................................................
Anak Anak Peneroka Masihkah anda PUNYA MARUAH ???
Apakah maruah anda hanya pada pakaian yang anda sangkakan lambang kemewahan ?? ataukah maruah anda hanya pada harta kekayaan yang dapat anda pamerkan ??
Anak Anak peneroka ?? di mana maruah Kalian ??
saat anda berbangga dengan apa yang anda fikirkan maruah dan kedudukan .... MAK dan BAPAK BAPAK kalian masih BERTELANJANG didalam Hutan ....??
Maafkan aku wahai Anak Anak Peneroka ... Usah Kaget dengan persoalan ini /.. kerna kita sama .. aku juga dari asuhan tangan yang sama
tangan ibu yang mendaki bukit dan menyelusuri paya, untuk kerja kerja kawin bunga, tangan ayah yang menyabit sawit dan memotong getah...
menebas, meracun dan membaja ....
malahan tangan aku juga sama seperti tangan kalian yang pernah berdarah
tertusuk duri sawit. atau comot selekeh tertumpah susu getah ..
Anak Anak Peneroka ... aku bukan Biadab untuk menuduh mak dan bapak berkelakuan seumpama org asal yang masih merayap di hutan ...
tapi pertanyaan aku untuk kalian turut sama memikirkan nasib dan bala yang sedang melanda menimpa bapak dan ibu ibu kita ...
Mereka seolah tak bermaruah .. mereka hidup UMPAMA sampah ... mereka bernafas penuh kehinaan.. mereka berbicara ... soal ketakutan..
takut .. seolah oleh mereka masih haiwan di dalam hutan ... takut .. seolah olah mereka masih kerdil ... hidup bertuan... takut ... seolah olah ... segala apa yang ada .. mereka hanya menumpang ...
oh ... kalian tidak melihatnya begitu bukan ...:) mungkin hanya imaginasi di benak kepala ini sahaja .. tapi tuan ...
Anak Anak Peneroka .... hakikat kehidupan bapak bapak ibu ibu kalian begitulah yang digambarkan ... sisi sebenar yang kalian sedang butakan... sisi sebenar yang sedang kalian abaikan.. sisi sebenar yang sedang tangan tangan jahat itu kerjakan....
Anda Masih punya maruah ???
Anak anak Peneroka .. pulang ke kampung semalam petang melihat ibu masih berpakaian ... bapak tidak bertelanjang ??
tuan .... anak anak peneroka telah berjaya dibutakan ..
semalam bapak telah ditipu tampa pembelaan ... pinjaman yang tidak pernah dilunaskan.. perkhidmatan paksaan yang menghisap darah. janji dan gula gula yang beracun dan bernoda ....
Anak anak Peneroka .. anda tidak melihat ini semua .. kerana segalanya cuba di sembunyi ... yang diperlihatkan cuma sekelumit wajah murni ... sedang kejahatan membelenggu segenap sendi ....
Anak Anak peneroka.. Maruah apa yang masih anda banggakan .. sedang ibu dan ayah di label haram jadah .. semata mata hanya untuk menyatakan hak dan keinginan ...
Maruah apa yang anda pertahankan .. sedang ibu dan bapak kalian
masih seperti manusia yang hidup bertelanjang ... tampa boleh bertanya
soal masa depan ... kerana segala galanya telah di catur dan diaturkan
... bertanya dan memberi pendapat hanya akan di herdik tidak tahu
bersyukur dan tidak puas dengan apa yang dikononkan sebagai nikmat ...
Anak Anak Peneroka ...
Maruah Kalian masih terpelihara??
atau sememangnya hidup kita ini .... dari turun temurun ..... dari
zaman bapak bapak .. tetap masih tidak peduli soal Maruah .. janji perut
kenyang ... asal mampu berjalan ... tidak peduli siapa tuan ... atau
tidak penduli kita hanyalah haiwan ...
Hasil usaha Bapak dan
Ibu ... dijadikan kelongsong peluru menembak kanak kanak tidak berdosa,
pejuang ulamak dan penduduk penduduk gaza rakyat palastine ... dan anda
masih berdiam diri .... ??? membiarkan FELDA menzalimi dan menganiaya
Peneroka ... membantu Israil dan membunuh di gaza ...
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.