Mohon klik iklan 1X yer

12 November 2012

Nikmat buang angin


Pagi minggu itu, Amir dan Amirah sekeluarga hendak melawat Mak Su di kampong .Mak Su  baru melahirkan anak perempuan.  Setelah beberapa helai baju dimasukkan kedalam sebuah beg, mama mengunci pintu rumah. Ayah menghidupkan enjin kereta.  

“Tak sabarnya hendak melihat anak Mak Su,” kata Amir.

“Nanti Amirah hendak dukung  dia, bolehkan mama?” Tanya Amirah.
“Anak Maksu Su kecil lagi. Dah besar sedikit, baru buleh dukung,” jawab mama.

“Jangan lompat lompat, lari kesana sini. Baby tak boleh dengar bising tau,” ayah pula berpesan.

 “Masa Amir jadi baby dulu, dengar bising sikit dah menangis …”

Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam  tidak membosankan.  Sepanjang jalan, ayah dan mama ada sahaja perkara hendak dibualkan.

Apabila sampai, Amir dan Amirah terus membuka pintu kereta.  Merek  berlari lari mendapatkan Opah yang berada di dapur.  Ketika itu mereka terdengar  bayi kecil sedang lantang menangis.

“Opah, kenapa dengan anak Mak Su?” tanya Amir. Wajahnya nampak risau.

‘Kita tak buat bising pun,” kata Amirah.

‘Perutnya kembung masuk angin,” jawab Opah.

“Kembung?!” balas Amir dan Amirah serentak.

“Sakit perutlah,” pintas mama supaya mereka mudah faham.

Opah mendukung anak mak Su.  Kemudian dia memutarkan kedudukan perut anak mak Su di kepalanya.  Setelah beberapa minit, anak Mak Su mengeluarkan kentut.

‘Poot!  Pooottt!” 

‘Hah dah keluar pun, Kejap lagi tidurlah tu.” Opah membetulkan ikatan bedung anak Mak Su.

‘Ee .... baby kentutlah.  Tak malu!”  jerit Amirah.

‘Shhhh ....jangan bising. Cuba lihat baby ni.  Barulah lega selepas keluarkan kentut,” kata mama.

‘Kentut itu juga ciptaan Allah supaya  kita tidak sakit perut, namun ramai orang tidak mensyukurinya,” jelals ayah.

‘Mungkin kentut tidak penting ayah,” Amir cuba meneka.

‘Mana ciptaan allah yang tidak penting? Semuanya penting. Kalau tiada kentut ni, kita akan mendapat sakit perut dan penyakit penyakit lain,” jelas ayah.  “Kalau tak dapat kentut, perut kita rasa tak selesa atau sebu.”

‘Kasihan baby. Tentu perut dia sakit sangat tadi,” kata Amirah.  Dia mencium pipi anak Mak Su yang sedang lena.

‘Tapi kenap kentut itu selalunya busuk, ayah?” Tanya Amir.

‘Kentut itu sama ada busuk atau tidak bergantung kepada apa yang kita makan.  Jika makan makanan berdaging, kentut kita akan berbau busuk.  Jika makan ikan dan sayur sahaja, jarang berbau,” jelas ayah.

‘Jadi kalau Amir nak kentut, bagaimana ayah?” tanya Amir.

‘Kentut  sajalah.  Tetapi jangan lepaskan sembarangan,” pesan mama.

‘Betul, pergilah jauh sedikit daripada orang lain.  Sengaja melepaskan kentut dihadapan orang menampakan kita tidak sopan.  Faham cu?” Opah pula memberi nasihat.”

“Faham Opah.”

“Abang dan anak anak dan makan tengahari ke ?” Tanya Mak Su.  Dia duduk bersimpuh kemas sambil melipat kain napkin anaknya.

“Belum lagi.  Marilah kita rurun makan bang,” ajak mama.  Amir dan Amirah baru terperasan mereka belum makan lagi.  Kini perut mereka terasa lapar.

Di atas meja terhidang beberapa jenis lauk termasuk kari daging.  Masakan Opah memang sedap. Amir dan Amirah makan penuh berselera.

“Abang jangan makan daging nanti kentutu busuk,” tegah Amirah.

“Tak mengapa busuk. Janji jangan sakit perut, kan Opah?” jawab Amir.  Opah ketawa sambil menambah nasi ke pinggan Amir.

- PENDIDIK Oktober 2005

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.