Mohon klik iklan 1X yer

24 November 2012

Kecoh! Konvoi Jelajah Dun Slim disekat di Besout

Konvoi Jelajah DUN Slim diketuai oleh YDP Pas Kawasan Tg. Malim yang sedang dalam perjalanan ke Felda Gugusan Besout ketika ini telah tahan oleh kumpulan yang tidak senang dengan program PAS Tanjung Malim. Suasana ketika ini agak panas kerana terdapat seramai lebih kurang 50 orang membuat sekatan terhadap laluan konvoi tersebut.

Ketua konvoi, En. Aminuddin Zulkifli cuba mengadakan rundingan dengan kumpulan tersebut, tetapi pihak yang membuat sekatan berkeras untuk tidak membenarkan konvoi tersebut meneruskan perjalanan.
Sekatan konvoi ini diketuai oleh Khairi Mat Ali yang merupakan Pengerusi MBFM Wilayah Trolak. Beliau merupakan anak peneroka Felda Besout 4.

Dimaklumkan bahawa konvoi Jelajah DUN Slim ini merupakan program Pas Kawasan Tg. Malim.

Suasana bertambah panas apabila ada orang persaorangan yang mengajar anak2 muda dan remaja ini membuat provokasi mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya. Sedangkan beliau menyorok di belakang remaja-remaja tersebut.

Terdapat beberapa orang peneroka dan seorang ketua kampung felda yang menyertai kumpulan provokasi tersebut.

Anggota Polis yang datang dari pondok polis gugusan besout juga tidak dapat mengawal keadaan semasa.

(Update gambar akan menyusul)

1 comment:

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.