Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertemu dengan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin esok bagi
membuat aduan terhadap sebuah akhbar yang didakwa memfitnahnya.
"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Jais esok, jam 11 pagi untuk kemuka aduan terhadap laporan menyerang dan memfitnah saya.
"Ini kerana dakwaan yang disebut berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Sebelum ini, Marzuki menjelaskan bahawa Jais akan memanggil Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya
bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk
kepada orang Melayu.
"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Jais esok, jam 11 pagi untuk kemuka aduan terhadap laporan menyerang dan memfitnah saya.
"Ini kerana dakwaan yang disebut berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Sabtu lalu, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.
-Sinar Harian
Nurul adalah pemimpin masa depan Malaysia, smart and beautiful
ReplyDeletePBS masa rehat guru dirampas