Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan
Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu
menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini
menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa
masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam
Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan
pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang
berkepentingan.
Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat
kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap
UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan
senang sahaja. Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika
isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh
melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan
parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.
Dalam politik, persepsi rakyat itulah yang menjadi penentu samada
parti itu kekal kukuh atau dilontarkan jauh-jauh oleh rakyat. Sebenarnya
UMNO sememangnya sudah patut diketepikan lama dahulu kerana isu besar
yang telah menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita. Tetapi
semasa itu rakyat belum lagi menyedari yang perubahan itu adalah elemen
penting untuk berlaku di dalam sesebuah negara yang telah matang dan
lama bebas memerintah sendiri.
UMNO kini sedang dikaitkan oleh rakyat dengan senarai-senarai negatif
yang terlalu banyak sehinggakan parti itu telah dipersepsikan sebagai
sebuah parti yang bermasalah besar. UMNO telah membiarkan segala perkara
buruk untuk berlaku di dalamnya kerana pimpinan parti itu sejak 30
tahun dahulu tidak menghiraukan isu mempertahankan imej yang baik dengan
serius. Pucuk pimpinan negara dalam tiga dekad yang lalu lebih
mementingkan kehendak peribadi mereka sahaja dan tidak mengangkat jari
untuk memperbetulkannya.
Tetapi apabila masalah sudah menjadi besar barulah pimpinan UMNO
bergegas untuk memperbaikinya dan usaha ini sudah terlalu lambat kerana
yang hendak menyelesaikan masalah-masalah ini adalah di kalangan mereka
yang terbabit dengan isu-isu yang besar di dalam negara sekarang ini.
Persepsi buruk bukan datang dengan saja-saja. Misalnya bagaimana
hendak menolak persepsi buruk terhadap kerajaan dalam isu NFC misalnya.
Tidak payah kita melarutkan isu ini oleh kerana semua orang sudah
memahami tentang isu ini. Bukankah isu pembinaan stesen LRT Ampang itu
merupakan isu penyelewengan yang ‘real’? Bagaimana rakyat tidak
terbentuk persepsi buruk terhadap pimpinan kita kerana jelas-jelasnya
harganya yang ditambah terhadap kontrak pembinaan stesen itu mencecah
hampir RM1billion?
Isu PKFZ yang melibatkan RM12 billion, kerugian perdagangan wang
antarabangsa yang dilakukan oleh Nor Mohamad Yakcop atas arahan Dr
Mahathir yang melibatkan kerugian RM30 billion dan banyak lagi isu yang
sangat besar berlaku di hadapan mata kepala kita. Isu pembotakan hutan
yang dilakukan oleh penyangak hutan di Negeri Sembilan yang melibatkan
keluasan 8,616 ekar tanah hutan simpan yang ada di Negeri Sembilan.
Isu perlakuan pemimpin-pemimpin BN yang bersikap seperti gangster
seperti Nazri Aziz. Kalau dahulu Nazri diisukan dengan permit teksi yang
beribu-ribu permit yang beliau ambil, sekarang timbul isu menggunakan
kuasa melindungi Micheal Chiah dan Musa Aman tentang wang misteri
sebanyak RM40 million itu. Nazri mempunyai seorang anak yang hidup
seperti ‘anak maharaja Arab’ dengan kereta besar yang begitu sombong dan
anaknya ini telah dikaitkan dengan banyak isu-isu jenayah yang
diketahui umum.
Cakap-cakap takbur Nazri kita dengar selalu. Beliau seolah-olah
seorang yang begitu besar dan kuat seperti dunia ini pun dia boleh
alihkan. Sikap kesombongannya seolah-olah beliau mampu untuk menahan
dunia ini daripada menghadapi kiamat.
Apabila umum mengetahui isu-isu ini dan mereka lihat dilakukan oleh
pemimpin dan keluarga yang berkuasa pula, maka dengan sendirinya
persepsi buruk terhadap UMNO itu terbentuk kerana tidak ada
contoh-contoh peribadi yang baik dalam pimpinan BN pada hari ini.
Sikap mengaut kekayaan dengan menggunakan pengaruh keluarga dan
pimpinan UMNO sudah menjadi budaya pada hari ini. Anak-anak Dr Mahathir
kaya-raya dengan pengaruh Mahathir yang telah menjadi PM selama 22
tahun. Anak-anak Dr Mahathir berniaga dengan jalan mudah tanpa
menggunakan kepakaran mereka kerana jika mengalami kerugian pun Mahathir
telah menggunakan dana rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk
menyelamatkan perniagaan anak beliau (Mahathir).
Satu persatu pemimpin-pemimpin UMNO ada isu peribadi bersama mereka.
Tidak ada yang tidak melakukan jenayah ‘kolar putih’ di antara mereka.
Rakyat sekarang sudah sampai ke tahap hilang sabar dan mereka sedar UMNO
dan pimpinannya tidak mungkin boleh pulih daripada ketagih rasuah ni.
Justeru orang Melayu dan rakyat keseluruhannya mahukan BN dibersarakan
dari memimpin negara ini.
Persepsi UMNO sudah terlalu buruk dan tidak mungkin mampu dipulihkan
lagi. Jadi apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agong UMNO yang UMNO hanya
bermasalah dengan persepsi, kita nyatakan dengan jelas di sini yang
persepsi-persepsi buruk itu semuanya terlandas di atas isu yang ‘real’
dan sahih.
Di atas persepsi yang buruk inilah kita rakyat akan melakukan apa
sahaja yang halal mengikut undang-undang untuk mengenepikan BN kali ini
kerana isu-isu buruk yang real yang dilakukan oleh pimpinan BN pada hari
ini.
Kepada Hishamudin dan Tengku Adnan yang ramai menganggap masih
seorang ‘novice’ dalam politik ini, elok memahami isu yang sebenar yang
mereka sedang hadapi. Tetapi mereka tidak mungkin faham apa dia UMNO itu
kerana mereka menyertai UMNO setelah UMNO dalam proses kehancuran yang
sudah hilang segala-galanya, dari perjuangan sehinggalah ke identiti
parti mereka sendiri.
Mereka ini menganggap mentadbir UMNO dan negara ini serupa seperti
mentadbir sebuah ‘kilang padi’ sahaja. UMNO sudah hilang pimpinan yang
mempunyai pemikiran. Yang ada dalam UMNO hari ini hanyalah mereka yang
tidak tahu atau tidak mahu berfikir atau tidak tahu apa yang hendak
difikirkan. Mereka mentadbir hanya dengan menggunakan kaki, tendang
orang ke sana ke mari kerana mereka tidak mengerti untuk berfikir dengan
menggunakan otak anugerah Tuhan yang membezakan di antara manusia dan
haiwan.
Oleh kerana pimpinan UMNO kurang berkemampuan untuk berfikir, kali
ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang mereka
(rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti.
Mungkin cara untuk membuatkan pimpinan UMNO ini untuk belajar
berfikir ialah dengan meletakkan di sebelah pembangkang di setiap Dewan
Legislatif, samada di Persekutuan atau di Negeri-Negeri yang terlindung
di dalam Tanah Persekutuan ini.
wakaka. tahu ke demer ni maksud persepsi. Kalo menteri pun tak dapat bezakan persepsi dan realiti... memang mabkok la.. gi sekolah balik.. wakaka
ReplyDelete