Mohon klik iklan 1X yer

22 November 2012

Lu duduk kumpulan mana?

1.  Ada banyak bezanya memahami politik antara yang baru hendak gelumang dengan politik dengan ahli politik yang sudah pro.

2.  Yang baru, ikhlas dan tulus. Ada juga yang pasang niat macam nak beli insuran hayat kalau BN tumpo.

3.  Manakala sang politikus pro, ada bezanya yang duduk atas bumbung parti dengan yang duduk dekat bawah yang tak bersimen.
4.  Yang duduk atas bumbung dan berbumbung parti, biasanya kagum dengan idea dan kepimpinan diri sendiri. Ni, yang nak kena flying kick. Ada pula yang kononnya terlalu demokratik, sehingga sekecil-kecil bendapun nak bersyurakan. Tak habis-habis meeting.

5.  Yang duduk bawah lantai tak bersimen pula, mandang pemimpin macam raja yang memiliki metos kuasa raja-raja zaman dulu kala. Wala’nya sampai rasa marah dalam diri dipendam-pendam hingga jadi pekasam busuk yang merosakkan akal budi sendiri.

6.  Suruh apa sahaja, politikus bawahan akan bersedia macam askar gagah berani. Taruhkan segala yang ada.

7.  Apa yang mereka fikirkan, biarlah pimpinan dan parti mereka menang. Jadi YB. Jadi menteri. Mereka akan terus jadi petani, jadi nelayan, berniaga cari rezeki sendiri.


Sumber Dari:  http://muhaiminsulam.blogspot.com/

1 comment:

  1. semoga hak mereka deberikan kembali setelah sekian lama di nafi. Petani menjadi petani yang lebih makmur,nelayan juga lebih makmur apabila penghapusan cukai tidak munasabah ditarik balik dan pemberian subsidi yang berpatutan kepada yang berhak.

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.