Mohon klik iklan 1X yer

30 November 2012

Aktivis PAS berada di GAZA.

GAZA: Beberapa aktivis PAS kini berada di Gaza bagi membantu umat Islam di sana yang memerlukan pertolongan selepas diserang oleh regim Israel.

(Ustaz Ridhuan bersama Zulkifli Wahijan melihat salah seorang mangsa serangan Israel di Gaza.)

Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS dan Zulkifli Wahijan, AJK PAS Kawasan Selayang adalah antara aktivis PAS yang kini berada di sana.

Mereka memasuki Gaza atas nama Muslim Care, NGO yang memerjuangkan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.

Di samping membantu merawat mangsa serangan, Muslim Care juga membantu membina kilang roti untuk membekalkan makanan kepada mangsa serangan.

Israel menyerang Gaza selama lapan hari baru-baru ini sehinggalah genjatan senjata dicapai hasil rundingan yang dibuat oleh kerajaan Mesir.

Ekoran serangan itu, ramai yang terkorban dan cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.

3 comments:

  1. mamat ni kata tiada jihad di palestine, boikot produk israel satu kebodohan... wakaka
    http://wasukalu.blogspot.com/2012/11/tiada-jihad-di-palestine-boikot-produk.html

    ReplyDelete
  2. Tu mamat x boleh pakai la,.kata lulusan madinah..kahkahkah

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.