Mohon klik iklan 1X yer

28 May 2013

Najib telah memilih punahsihat

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Selain itu menurut Daim, satu lagi penyebab utama kepada kekalahan BN ialah berkaitan masalah dalaman parti itu sendiri.

Daim berkata demikian dalam satu temu bual bersama China Press. Artikel berkenaan turut dimuat naik ke dalam blog wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.

Temu bual itu turut diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Selain itu Daim yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

27 May 2013

Pengerusi SPR 'Black Out'

Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian ‘black out’ di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan akhirnya memakan diri.

Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi daripada PAS.

“Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengakuan itu mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat.

Malaysia ke Era Kegelapan?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan ditulis dalam sejarah sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) di kenang sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah negara ini, Zahid dan Khalid pula akan dikenang sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap Dr Mahathir," katanya. 

Beliau mempertikaikan tindakan polis menangkap para pemimpin dan aktivis seperti Adam Adli, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Datuk Tamrin Tun Ghafar dan Haris Ibrahim yang hanya menguntungkan kepentingan Umno BN.

12 May 2013

PAS terus mengorak langkah

Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu. 

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam.

“Tok Guru tetap memberi kekuatan tapi bila beliau tiada, benih Islam yang ditanam terus subur dan berkembang,” katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

9 May 2013

Fakta bukannya auta


ANALISA DUN NEGERI SELANGOR DAN PERAK. dalam negara BANGLA NATION!


JUMLAH MENGUNDI SELANGOR
- BN - 687,880 = 39% = 12 kerusi Dun.
- PR - 1,062,309 = 61% = 44 kerusi Dun.
- BEZA - 374,429 Rakyat Malaysia UNDI lebih ke Pakatan Rakyat.


JUMLAH PENGUNDI PERAK
- BN - 508,747 = 44.5% = 31 kerusi Dun.
- PR - 625,710 = 54.5% = 28 kerusi Dun.
- BEZA - 116,963 Rakyat Malaysia UNDI lebih ke Pakatan Rakyat.


TERIMA KASIH SPR atas PENIPUAN yang sungguh KEJI ini!
Kalau di Amerika, Pakatan sudah mendapat president.
Pada sahabat-sahabat dalam UMNO-BN, kajilah fakta. Jangan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan pemimpin kamu. Jadilah manusia yang berakal dan bermaruah. Selidiki setiap apa yang terluah dari lidah pemimpin kalian, sama ada ianya fakta atau auta.
Barisan menerima kemenangan dengan majoriti kerusi yang dipertandingkan, tetapi kalah dengan majoriti rakyat yang tidak lagi memilih kamu.  Inilah fakta yang mana Barisan Nasional tidak mahu pula menerimanya.

6 May 2013

Inilah Keputusannya PRU13


NEGERI JUMLAH KERUSI BNPASPKRDAP JUMLAH

CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
3 3






3
KEDAH
15 9
1
2


12
KELANTAN
14 5
5




10
TERENGGANU
8 4
2




6
PULAU PINANG
13 3


2
7
12
PERAK
24 12
2
2
7
23
PAHANG
14 10
1
2


13
SELANGOR
22 3
2
2
2
9
W.P. KUALA LUMPUR
11 2


3
5
10
W.P. PUTRAJAYA
1 1






1
NEGERI SEMBILAN
8 5


1


6
MELAKA
6 3




1
4
JOHOR
26 15


1
1
17
W.P. LABUAN
1 1






1
SABAH
25 13


1
2
16
SARAWAK
31 25


1
5
31
JUMLAH 222 112
12
18
28
170

5 May 2013

Hot: Penang dan Kelantan kekal di tangan PR.

Terkini:
Parliment: BN 45, PR41

9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058
BN - 16,192
Bebas - 137

Terkini: BN 16 PR 5


UPDATE:830- Keputusan PRU13


UPDATE: - Keputusan tidak rasmi PRU13


Rakaman Bukti UMNO bagi duit ni, pergi ambil.

Lihat ni! Wajah2 hantu mengundi

Inilah wajah Bangla, Indonesia dan Myanmar pertama dikesan cuba masuk pusat mengundi


Berita pertama tentang bangla nasional hari ini. Lokasi tidak diketahui. Kelihatan ramai pengundi mempersoal kehadiran bangla nasional tersebut ke pusat mengundi. Tengok ic dia bang...
Bangla pertama Sumber gambar wongfeihung Sial punya bangla

Hari ini Dato' Haron Din buktikan SPR penipu

Dakwat TIDAK KEKAL pada PRU13 



Saya mengundi pada jam 8.25 pagi dengan dicalitkan jari telunjuk kiri saya penuh dengan dakwat kekal.

Jaga-jaga hantu mengundi


Kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat.  Anda semua perlu sentiasa bersiap sedia hingga ke minit-minit akhir mengundi. Pastikan tidak ada lagi pengundi yang dibenarkan masuk ke dalam pagar kawasan pengundian selepas jam 5 pm. Jangan tinggalkan kawasan tempat mengundi sehingga kiraan selesai dibuat.

Petugas-petugas juga perlu membuat pengawasan sejauh 15 km sebelum laluan ke pusat mengundi. Pastikan tiada kenderaan seperti bas, mpv, van atau lain-lain kenderaan yang mencurigakan.

Lihat dan pastikan dan sahkan mereka rakyat tempatan jika terdapat gerombolan RELA dalam kelompok yang agak ramai. Pastikan juga tidak ada bangla yang menyamar sebagai ahli RELA.

Ingat! patuhi peraturan dan undang-undang negara. Sedikit kesilapan akan menghalang kerajaan baru ke Putrajaya.


4 May 2013

Sumber UMNO sahkan beribu2 pengundibangla ?

[HD] KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini. 

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

Minggu depan tiada TOL

Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

Kehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. 

2 May 2013

Melayu BN sila lihat ini


Sertai Flashmob 505


Tak pandu mana nak tahu.

Alkisah menukar kereta…


Pak Ali sekeluarga – seorang isteri dan lima anak yang bekerja semua mempunyai kereta BlueN. 

Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.

Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak dan harga servis yang memuaskan.

Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.

Kerana RM20, pondok panas dibakar

felda jengka pahang di kejutkan lagi dengan sabotaj oleh ahli BN kepada partinya sendiri, mendapat khabar dari sana kes PEMBAKARAN pondok PANAS BN berlaku apabila duit yang di janjikan untuk pemasangan BENDERA BN tidak di TEPATI malahan telah di capatikan oleh pemimpin pemimpin BN di sana.

berikut temuramah ajensi berita fakap EP yang bergegas kesana untuk mendapatkan kepastian penduduk di sana terhadap apa yang berlaku.

Dr @tiewnama - saudara, kenapa pondok panas BN ini tiba tiba terbakar?

UMNO-BN terkejut beruk

5 orang kuat Ku Li isytihar sertai PAS
GUA MUSANG: Lima orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS kerana kecewa dengan Umno yang dilihat meminggirkan penduduk di Gua Musang.


Kelima-lima mereka adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang Abdul Karim Mat Diah, Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu Papan Zulhelmi Zulkifli, Ketua Umno Cawangan Limau Kasturi Nawang Ismail, Ketua Pemuda Umno Cawangan Lepan Jaya Rozali Rodin dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Betis Ibrahim Hassan.
Kelima-lima mereka telah menyerahkan borang kepada calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu program ceramah di Gua Musang malam semalam.

Menantu Pak Lah terpinggir

Kerja Khairy hanya main ambil-ambil gambar saja.
Mungkin saya terlepas pandang atau kerana terlalu leka memerhati gerak kempen Pakatan Rakyat yang menyegar dan menyeronokkan maka tidak banyak saya memerhati apa yang berlaku dalam Umno. Sehingga kini setelah lebih seminggu kempen berjalan, saya tidak nampak kelibat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberikan fokus oleh media arus perdana alias penjilat buntut, aktif berkempen.

Tidak ada rencana khas atau liputan khusus mengenai gerak kerja dan kempen oleh ketua pemuda yang tidak diberikan kuasa itu. Apa.. adakah interview khas dibuat oleh media massa itu memaparkan wawasan dan aspirasi pemuda Umno dalam pilihan raya kali ini? Kalau kalibat atau wajah senyum manis mesra Kamilia Ibrahim tidak ada di dalam media arus perdana atau 'talibising' tidak anih dan pelik lagi.