Mohon klik iklan 1X yer

2 May 2013

Tak pandu mana nak tahu.

Alkisah menukar kereta…


Pak Ali sekeluarga – seorang isteri dan lima anak yang bekerja semua mempunyai kereta BlueN. 

Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.

Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak dan harga servis yang memuaskan.

Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.
Satu hari anak sulung Pak Ali, Jamali menyatakan hasratnya untuk menukar kereta.

“Li, beli BlueN yang baru itu, ya,” pesan Pak Ali.

Jamali sebenarnya sudah terpikat dengan sebuah kereta berjenama PackR. Designnya sungguh cantik, dan harganya pun lebih rendah berbanding kereta kelas yang sama yang dijual oleh BlueN.

“Yah, PackR jenis ini lebih cantik dan berbaloi. Minyak pun lebih jimat kata orang,” kata Jamali.

“Li jangan kena tipu salesman. Salesman ini janji macam-macam. Dalam hidup ayah, ayah tak pernah jumpa kereta yang lebih jimat minyak daripada BlueN. Salesman itu menipu sahaja,” tegas Pak Ali.

“Tapi ayah, BlueN tak bagi free servis 40,000km yang pertama. PackR bagi. Dan kalau anakanda tempah awal dapat rebat RM3,000 dan free radio. BlueN tak ada,” kata Jamali lagi.

“Li. Kau percaya salesman itu buat apa? BlueN tak bagi kerana kualitinya lebih baik. PackR tak baik jadi kena bagi free itu ini supaya orang macam Li masuk perangkap. Beli lepas itu menyesal. Kereta ini bukan murah. Tak boleh beli main-main. Lepas beli kalau tak suka, tak boleh menyesal. Beli BlueN sahaja,” tegas Pak Ali lagi.

“Tapi ayah. Yah lihat insurans dia pun offer 15 percent rebate kalau anakanda tak claim untuk mana-mana tahun. BlueN tak bagi. Lagipun BlueN designnya tak taste anak muda. PackR ini taste anak muda – cantik designnya,” Jamali cuba berhujah lagi.

“Design cantik itu untuk pikat anak-anak muda yang mudah ditipu macam Li lah. Kereta berkualiti bukan dinilai dari segi design. Ia dinilai daripada pengalaman. Pengalaman ayah kata BlueN lebih baik daripada PackR. Pandu PackR anakanda akan menyesal. Ramai kawan ayah yang berkata PackR kereta selalu bermasalah. Servis sparepart susah dicari,” kata Pak Ali lagi.

“Ya ke. PackR sparepart mudah dicari lah yah, dan sparepart dia lebih murah. Anakanda pernah kaji harga mereka. Servis – caj labor PackR baru RM30, BlueN RM60 buat benda yang sama lagi. PackR ini – anak-anak muda yang pakai semua kata lebih baik daripada BlueN – lebih stabil, lebih jimat dan free banyak benda ketika servis. BlueN ini apapun tak ada,” hujah Jamali lagi.

Pak Ali bertambah marah kata-katanya tidak didengar oleh anaknya sendiri.

“Nak beli, belilah. Jangan menyesal datang mengadu dengan ayah sudah nanti,” tegas Pak Ali.

Jamali pun membeli kereta PackR. Sebulan Pak Ali tidak mahu bercakap dengannya kerana menyampah melihat kereta PackR di rumah. Selama ini Pak Ali dah war-warkan pada seluruh kampung bahawa kereta dia peminat BlueN, tak akan cuba kereta yang lain – tapi kini tindakan Jamali seperti menamparnya.

Satu hari, hanya Jamali dan Pak Ali berada di rumah. Jamali ketika di dapur terpotong tangan mengalami pendarahan yang agak banyak. Pak Ali bergegas hendak membawanya ke hospital. Pada masa itu, kereta BlueN Pak Ali tidak dapat dihidupkan.

Pak Ali terpaksa menggunakan kereta PackR anaknya – walaupun tak rela, tapi keadaan cemas menyebabkan Pak Ali tidak memikir panjang.

Setibanya di hospital, Jamali dibawa ke unit rawatan. Sambil Pak Ali menunggu, Pak Ali sempat membelek akhbar. Terlihat iklan BlueN.

“BlueN kini menawarkan free servis 42,000km (2,000km melebihi jenama TXXXXX), insuran offer 15 rebate, cash back RM4,000 pembelian dalam masa 2 minggu…”

Iklan itu seolah-olah meniru apa yang PackR sedang lakukan beberapa bulan lepas ketika Pak Ali bertengkar dengan Jamali. Pak Ali teringat hujahnya yang berkata BlueN kualiti lebih baik, tak perlu buat benda-benda ini. 

Rupa-rupanya Pak Ali tersilap. Tadi ketika memandu ke hospital, Pak Ali terasa kereta PackR lebih stabil dan menyeronakkan untuk dipandu. Tadi semasa memandu, terlihat sebuah buku servis kereta yang tertera harga servis – 30% lebih murah daripada BlueN.

Selepas anaknya keluar dari unit rawatan, melihat Jamali dalam kesakitan, Pak Ali membuat gurau untuk menghiburkan hatinya.

“Kereta PackR ini bagus juga ya. Tak tahu pulak. Lepas cuba, macam best,” kata Pak Ali.

“Tulah ayah. Anakanda kan dah bagitahu. Ayah ini kena tipu BlueN salesman hidup-hidup ingat kereta dialah paling best. Sekarang ayah tahu siapa yang kena tipu salesman? Ada kereta di luar yang lebih bagus dan lebih murah dijaga berbanding BlueN. Tak cuba manalah kita boleh banding. Sekarang dah cuba, ayah kan tahu siapa lebih baik,” kata Jamali dengan gurau-senda.

Kedua-dua mereka bersenyum dan Pak Ali menepuk bahu Jamali tanda akur bahawa beliau tersilap.

Dapat cerita ini?

Jangan cepat menghukum seseorang sebelum memberi peluang, sekurang-kurangnya sekali kepada seseorang itu untuk membuktikan kata-katanya.

Jangan pula cepat mempercayai seseorang yang telah berkali-kali didapati menipu dengan janji-janjinya.

Senyum.

Jangan baca sahaja - ingat sebarkan - pastikan ramai baca sebelum mengundi 5 Mei ini.

INI KALILAH!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.