Mohon klik iklan 1X yer

7 August 2012

Bina hospital dia kritik, jual tanah Melayu dia diam

Barisan Nasional telah menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di kalangan rakyat Pulau Pinang dengan permainan politik perkauman  ekstremis yang menyemarakkan sentimen perkauman dan agama, termasuk dalam soal pembinaan sebuah hospital.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow telah membuat fitnah terhadap kepimpinan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung usaha membina hospital tersebut di Jalan Zainal Abidin di sini.

Katanya, Guan Eng serta Ahli-ahli EXCO Chow Kon Yeow, Wong Hon Wai, Phee Boon Poh, Danny Law dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Ng Wei Aik dituduh mempunyai kepentingan peribadi kerana mempertahankan keputusan kerajaan negeri membina hospital itu.

“Kita mencabar Teng  menunjukkan bukti dan beliau tidak boleh bertindak macam budak-budak yang baling batu sembunyi tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, fitnah sedemikian adalah satu perbuatan jahat, tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral kerana pemimpin PR tidak ada kepentingan peribadi dalam hospital tersebut dan meluluskannya semata-mata mahu mengembangkan industri pelancongan perubatan di Pulau Pinang.

Katanya, Teng sebagai pemipmin Gerakan juga membuat fitnah lain kononnya:
1)Lesen hospital swasta penuh telah diluluskan kepada pemohon di Jalan Zainal Abidin sebenarnya hanya surat tanpa halangan diterima pada 12.7.2012 dan bukanlah lesen.
2)Bangunan 30 tingkat diluluskan sebaliknya  Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak pernah meluluskannya
3)Kerajaan BN memperuntukkan tapak Jalan Zainal Abidin seluas 0.4 hektar untuk perumahan padahal tidak ada suatu pengumuman dalam suratkhabar oleh kerajaan BN sebelum ini. Sebaliknya kerajaan PR memperuntukkan tanah lebih luas sebanyak 4.2 hektar di Jalan S.P. Chelliah iaitu hampir 10 kali ganda lebih besar untuk perumahan mampu milik.

Sedangkan sebelum ini kerajaan Palatan Pulau Pinang telah pun menjelaskan bahawa  tanah yang dijual itu hanya boleh digunakan untuk pembangunan sebuah hospital dan tidak boleh untuk sebarang projek komersial.

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga yakin Kementerian Kesihatan tidak bermasalah untuk memberi lesen hospital swasta kerana memang wujud kekurangan katil hospital di kalangan hospital-hospital swasta.

Menurut Mansor, selain fitnah tentang hospital tersebut, Teng dan BN juga sebelum ini membuat fitnah kononnya kerajaan negeri akan membantah pengswastaan Pelabuhan Pulau Pinang tetapi projek masih ingin diteruskan.

“Teng juga berjanji lesen penjaja dimansuhkan tetapi hakikatnya BN tak pernah kurangkan satu sen semasa berkuasa berbanding dengan pengurangan 50% lesen penjaja di bawah PR.

“Malah pemansuhan lesen penjaja tidak pun dilaksanakan baik dalam negeri di bawah pemerintahan BN mahupun oleh kerajaan persekutuan. Mengapa pula Teng  tidak pula mencadangkan cukai individu dihapuskan sama sekali?  Soal beliau.

Lebih teruk dari itu, katanya, Teng cuba bermain politik dengan menuntut kerajaan negeri  membatalkan projek lereng bukit (yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Gerakan-BN dahlu).
“Adakah BN mahu paksa PR bankrapkan negeri Pulau Pinang sekiranya BN tidak berupaya menang balik Pulau Pinang dengan fitnah, politik ekstremis kaum dan agama?” soal beliau lagi.

Mansor turut mempertikai sikap Teng yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO yang tergamak menual tanah orang Melayu demi keuntungan peribadi mereka.

“Sehingga kini Teng bersikap mengelak, membisu dan enggan menjawab skandal keuntungan besar dua pemimpin tertinggi UMNO  Pulau Pinang sebanyak RM5 juta hasil penjualan 10 ekar tanah milikan 31 tuanpunya Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau.

“Biasanya komisen tanah broker adalah 2% tetapi telah jadi 57% dalam kes ini. Keuntungan RM 5 juta dalam 3 bulan setengah mempertikaikan kesungguhan BN membela rakyat bila pemimpin UMNO lebih berminat untung besar atas jadi broker penjualan tanah orang kampung Melayu,” ujarnya.

– Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.