Barisan Nasional (BN) sudah kehabisan modal untuk menarik sokongan
rakyat sebaliknya hanya menggunakan tiket sebagai pemerintah untuk terus
bertahan.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad mendakwa, dengan kapasiti sebagai parti pemerintah, BN menggunakan segala kemudahan awam dan dana setiap kementerian untuk mengumpan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak pula katanya dilihat sebagai tokoh transformasi yang 'tiada isi'.

"Mungkin
pada permulaan orang agak teruja dengan laungan transformasi. Tetapi
setelah sekian lama beliau bercakap, maka terserlah wajah sebenar Najib
sebagai pemimpin yang hanya pandai melaungkan tranformasi sahaja,"
katanya.
Beliau berkata, hal ini dapat dibuktikan apabila Najib membelanja hampir RM5.77 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2012 untuk membeli sokongan rakyat agar memilih BN dengan pelbagai janji.
"Ini semua perbelanjaan luar jangka. Sebanyak RM2.2 bilion untuk bonus kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta.
"Termasuklah juga pelbagai pengumuman Projek “one-off” yang memakan belanja hampir RM3.57 billion. Seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia and Bantuan Buku 1Malaysia," katanya.
Tambah beliau, tahun ini sahaja sudah dua kali bajet tambahan diluluskan di Parlimen, iaitu pada bulan Mac sebanyak RM10,290,243.800 (Lebih RM10.2 bilion) dan RM13.8 bilion pada Jun menjadikan bajet tambahan sejumlah lebih RM23 bilion bajet tambahan.
"Peruntukan segera sebanyak RM609 juta dilulus dalam 11 minggu (Januari-Mac 2012) ketika lawatan perdana menteri dan timbalannya ke seluruh negara dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.
"Apakah Umno BN boleh hidup, jika kuasa di peringkat pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?" soalnya.

-Harakahdaily
duit..duit... di mana kau duit... ahakz...
ReplyDelete