Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada 
peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka 
Siong. 
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
"Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada 
pelajar. Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun 
yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Ini adalah 
sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri 
memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak 
bersetuju," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.
Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.