Pergerakan Wanita Umno di kawasan yang dikuasai bekas perdana menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi kumpulan pertama dari Pulau Pinang
yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Ketua
wanita Umno Kepala Batas, Zabariah Wahab dilaporkan berkata, usul yang
dibawanya itu diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat perwakilan
pergerakan wanita bahagian tersebut pada Sabtu lalu.
Beliau dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata, usul menyokong pelaksanaan hukum hudud itu akan dibawa dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut.
"Usul
ini juga akan dipanjangkan kepada kepimpinan Wanita Umno Malaysia dan
negeri untuk rujukan dan tindakan lanjut," katanya seperti dipetik
akhbar tersebut.
ADUN Bertam, Pulau Pinang itu membawa usul
berkenaan dalam mesyuarat Sabtu lalu "kerana memikirkan kepentingan dan
kebaikannya kepada umat Islam di negarai ini."
"Tidak timbul
hudud PAS atau hudud Umno. Hukum Allah Hanya satu dan semua orang perlu
patuh, bagaimanapun nampaknya sekarang ini ia cuba diputar belit dan
dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk dijadikan modal politik," katanya
lagi.
Telah lama blog blog kangkung tersenarai di sini iaitu di bawah Briged Fath al-Makkah.
ReplyDeleteBlog saya jangan lupa untuk disenarai.