Mohon klik iklan 1X yer

11 July 2012

Horeee!! dah boleh mengundi.

NONESuruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

Katanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.
Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.

Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.

Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya.

Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi.


-Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.