KOTA BHARU: Kakitangan sebuah bank di sini yang berehat untuk makan dan menunaikan solat diarah menolak jumlah jam kerja lebih masa (OT).
Arahan itu terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan pengurusan bank terbabit bertarikh 5 Julai lalu.
Pekeliling berkenaan menyebut “Masa yang diambil untuk makan
tengahari/malam, solat dan sebagainya pada waktu kerja lebih masa
hendaklah ditolak daripada jumlah jam bekerja”.
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Cawangan
Kelantan/Terengganu, Mohd Azhar Yusuf berkata, tindakan tersebut amat
bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama dan menyentuh sensitiviti
umat Islam.
“Pihak NUBE amat kesal tindakan bank perdagangan tersebut, sedangkan bank di negara ini sudah berpuluh tahun wujud.
“Ini amat membimbangkan. Mungkin sekiranya tindakan bank terbabit
tidak dibantah, kemungkinan bank-bank lain akan mengikutinya,” kata
beliau pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan
Pengerusinya, Wan Mohd Affendi Hussin.
Sehubungan itu NUBE Kelantan membuat laporan bertulis kepada Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK). Difahamkan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham bank tersebut.
ADAKAH INI SATU DARI NASIHAT APCO ?
ReplyDelete