Para bekas perajurit negara yang berasal dari Kelantan akan mendapat
durian runtuh tidak lama lagi apabila bakal diberikan 2 ekar tanah
setiap seorang.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.
Bagi melaksanakan perkara ini, satu jawatankuasa khas dibentuk bagi merangka mekanisma pelaksanaan keputusan ini.
Tempat tanah ini juga akan dikenalpasti tidak lama lagi, kata Datuk Mejar (B) Anizam Abd Rahman, Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Jawatankuasa khas mekanisma ini akan menentukan kelayakan dalam pelbagai sudut bagi menentukan pesara tentera layak menerima tanah tersebut sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.
“Kita akan meminta laporan dari Kementerian Pertahanan juga bagi mengenal pasti status bakal penerima,”ujarnya.
Menurutnya lagi, mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan diadakan seberapa segera yang mungkin.
Sambungnya, hadiah tanah untuk tentera diberikan oleh kerajaan negeri sebagai menghargai tugas mereka selama ini dalam menjaga keamanan negara sejak sekian lama.
Tegasnya yang diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu, ada di antara pesara tentera yang tidak berpencen akibat pencen awal, ada yang tidak berpendapatan tetap dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.