Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut
akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di
Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.
Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu
berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

Perhimpunan
yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan
serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.
Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan
kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan
Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.
Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.