Mohon klik iklan 1X yer

4 April 2012

Jaminan Felda - lebih 100,000 peneroka dapat durian runtuh

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memberi jaminan seramai 112,635 peneroka di semua tanah rancangan agensi itu akan mendapat durian runtuh berikutan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), yang dijadual Jun ini.
  
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA Faizoull Ahmad berkata agensi itu akan berlaku adil kepada semua peneroka walaupun ada segelintir yang menolak penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Beliau berkata pihaknya menyedari peneroka terbabit menolak kerana terlampau taksub dengan hasutan pembangkang yang ingin menggagalkan usaha kerajaan bagi kemajuan masa depan mereka.
  
"Kita akan tetap mengagihkan habuan yang dianggap durian runtuh terbesar dalam sejarah FELDA itu kepada peneroka secara adil untuk semua dalam dua fasa, termasuk fasa pertama Mei depan manakala fasa kedua pada Julai nanti.
  
"Mereka akan terkejut menerima durian runtuh seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jumlah masih dirahsiakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 1 dekat Gua Musang semalam.

Faizoull berkata FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa Malaysia walaupun terdapat halangan daripada segelintir peneroka.
  
Beliau kesal dengan sikap golongan itu yang bertindak membelakangkan kepentingan hak warga FELDA di seluruh negara.
  
"Kita sudah menjelaskan perkara itu ke seluruh rancangan tanah agensi ini dan hasilnya amat membanggakan apabila keseluruhan peneroka menerima dengan hati terbuka penyenaraian FGVH," katanya.
  
Faizoull berkata sejak awal lagi FELDA sudah menjelaskan usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap agensi itu tanpa sedikitpun menjejaskan masa depan peneroka.
  
"Kita tidak akan mengambil seinci tanah daripada peneroka, sebaliknya penyenaraian FGVH itu hanya membabitkan aset Felda Plantation, tetapi yang menerima faedahnya, kumpulan sasar terbabit.
  
"Ada segelintir peneroka yang menolak penyenaraian itu kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang ada kepentingan politik tanpa memikirkan halangan itu merugikan masa depannya," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.