Mohon klik iklan 1X yer

17 March 2012

Pelakon terkenal di tahan polis kerana berdemontrasi

Pelakon yang menjadi pujaan ramai peminat. Lakonan berkesannya membuatkan kita terpesona dengan filem lakonannya. Itulah George Clooney. Dia juga menjadi aktivis memperjuangkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Sudan dengan mengingatkan dunia tentang apa yang berlaku di Sudan.

Dia menyertai demonstrasi di Washington dan telah ditahan.Bintang filem Hollywood, George Clooney ditahan atas kesalahan keingkaran sivil ketika mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Sudan di sini, semalam.
Pelakon itu mengambil bahagian dalam protes mengingatkan dunia mengenai krisis kemanusiaan di sempadan antara Sudan dan Sudan Selatan. Bapanya, Nick juga ditahan ketika demonstrasi itu.

George Clooney, seorang aktivis, telah beberapa kali mengadakan kunjungan ke rantau itu. Dia bersama bapanya dan juga beberapa aktivis dibawa dari lokasi protes dengan tangan digari selepas mengingkari amaran polis agar meninggalkan kawasan kedutaan.

Turut ditahan ialah Martin Luther King III, anak pemimpin hak asasi sivil; Ahli Kongres Jim McGovern dan Jim Moran, masing-masing dari Massachusetts dan Virginia.

Penahanan pelakon itu dibuat sehari selepas dia mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama di White House untuk membincangkan situasi di Sudan.

Agak-agaknya ada tak pelakon di negara kita yang rela ditahan sebegini kerana perjuangan mereka!! ~ekeleh



No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.