Mohon klik iklan 1X yer

17 March 2012

Taktikal Felda ambil harta KPF

Syabas diucapkan kepada Saudara Mazlan Aliman, Presiden ANAK kerana berani mendedahkan maklumat yang dikira “menggemparkan” mengenai ura-ura penyenaraian FGVHB di dalam sidang akhbar beliau bersama YB. Salahuddin Ayub di Bangunan Parlimen kelmarin (15 Mac 2012).

Oleh kerana beliau telah memberi tugas kepada penganalis di dalam ANAK, iaitu, sebagai ahli ekonomi kepada pertubuhan anak-anak peneroka Felda di seluruh negara itu, penganalis mendapat peluang berkongsi maklumat yang beliau perolehi itu. Saya kira maklumat itu bertaraf “rahsia.” Ah, peduli apa. Takkan nak biarkan peneroka ditipu. Inilah analisis mengenai maklumat berkenaan.

Seawalnya, syabas diucapkan kepada lapan orang ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang telah memfailkan injunksi sehingga Pengerusi “haram” KPF tidak lagi memikirkan untuk mengadakan mesyuarat agong khas KPF bagi mendapatkan persetujuan perwakilan memindahkan harta KPF kepada FGVHB. Jalan ini sudah tidak boleh dilalui lagi untuk penyenaraian FGVHB. Sesungguhnya, ahli KPF yang lapan orang ini, dari segi undang-undangnya, sudah memadai untuk memohon injunksi itu di mahkamah. Kalau lapan orang sudah cukup, tidak perlulah beratus ribu orang untuk ke mahkamah memailkan injunksi. Itu membuang wang, masa dan tenaga namanya. Lagi pun, perkarangan mahkamah bukan luas sangat untuk menampong kehadiran manusia yang begitu ramai.

Dengan tertutupnya jalan”mesyuarat agong khas KPF” ini, cadangan penyenaraian FGVHB sepatutnya dilupakan. Tetapi, Perdana Menteri  tidak mahu berganjak, hujan atau panas, hatta kalau tsunami sekalipun datang, FGVHB mesti disenaraikan dan tidak lewat daripada bulan Jun 2012 ini juga. Jalan ke arah penyenaraian mesti dicari, dengan cara apa sekali pun.

Kenapa tergesa-gesa? Tidak bolehkah ditangguhkan dahulu terutamanya memandangkan ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia dan juga pasaran saham yang berayunan menurun sekarang? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesainya PRU13 yang sudah terlalu dekat masanya sekarang. Kenapakah kerajaan UMNO-BN kelihatan begitu tergesa-gesa hendak menyenaraikan FGVHB secepat mungkin, sebelum PRU 13 berlangsung?

Penganalisis tidak dapat berfikir melainkan membuat telahan bahawa parti pemerintah memerlukan dana pilihan raya dan penyenaraian adalah jalan menjana ratusan juta untuknya. Betul, bekas Menteri Kewangan dilaporkan ada berkata bahawa UMNO tidak memerlukan wang daripada pasaran saham untuk membiayai PRU13 sebab ia ada banyak wang, tetapi rakyat Malaysia tahu bahawa UMNO ini adalah sebuah parti yang sentiasa laparkan wang, dah ada banyak nak banyak lagi. Ia tak pernah merasa kenyang dengan wang dan rembat sahaja wang tidak kira dari sumber halal atau haram.

Sumbangan dari taukeh judi, taukeh balak, taukeh APs, gangsters, taukeh dadah, penyeludup, memanipulasi pasaran saham, apa sahaja, semuanya dirembat. Wang GLCs ia sapu. Wang rakyat ia rembat. Tengoklah, Datuk Seri Sharizaat dan keluarga beliau telah balon RM250 juta, kononya  hendak bela lembu tetapi beli kondominium dan seludup wang ke luar negara. Bank Negara Malaysia biarkan sahaja walaupun ianya melanggar Akta Pertukaran Asing negara.  Semua pemimpin UMNO, kecil besar, semua kaki rembat wang rakyat.

Felda dikatakan telah menemui jalan alternatif untuk menyenaraiakan FGVHB. Bagaaimana? Felda “mengambilalih” harta KPF dan kemudian menyerahkannya kepada FGVHB.

Struktur pemilikan harta dalam Felda sekarang adalah seperti berikut (lihat Rajah 1):
  • Felda (badan berkanun) memiliki 100% FGVHB.
  • Peneroka (termasuk ahli keluarga) dan kakitangan Felda memiliki 100% KPF.
  • FGVHB dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51, bermakana KPF adalah pemilik majoriti FHB.
 Rajah 1: Struktur Kumpulan FELDA Sekarang

FHB memiliki pelbagai anak syarikat.  Kerana KPF adalah pemilik 51% FHB, maka ianya adalah juga pemiliki syarikat-syarikat yang berada di bawah FHB. Dengan kata lain, apa jua yang FHB miliki, maka 51% daripadanya adalah milik dan hak KPF.

FGVHB pula adalah milik 100% Felda. Selain daripada memiliki 100% saham biasa (boleh mengundi), Felda juga memiliki saham keutamaan boleh tebus (tida kuasa mengundi) dan saham keutamaan boleh tebus tertunggak (tiada kuasa mengundi), masing-masing dikatakan berjumlah 329,949,500 unit dan 570,590,000 bernilai RM0.01 se unit. Jadi, jumlah saham jenis ini yang dimiliki Felda di dalam FGVHB ialah 900,539, 500 unit.

Pada masa ini, KPF tidak ada apa-apa saham dalam FGVHB.

Setelah jalan “mesyuarat agong khas KPF” gagal digunakan ke arah menyenaraikan FGVHB, penasihat dan pengurus penyenaraian, iaitu, CIMB dan Maybank (bersama dengan penasihat-penasihat lain termasuk penasihat undang-undang), telah mengemukakan jalan penyenaraian alternatif.  Jalan alternatif ini khabarnya telahpun diluluskan oleh Lembaga Pengarah Felda dan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda pada hujung tahun 2011.

Maklumat terpercaya memberitahu, jumlah saham FGVHB yang diperbesarkan bakal berjumlah 3,420 juta unit. Nilai IPO dianggarkan RM5.00–RM6.00 se saham. Bermakna, pelaksanaan IPO bakal menghasilkan RM15-20 bilion kepada FGVHB.

Felda bakal “mengambilalih” 51% milikan ekuiti KPF dalam FHB dan lain-lain saham milik KPF dalam syarikat-syarikat di bawah FHB dan digantikan dengan milikan 37% dari kesemua saham biasa (boleh mengundi) FGVHB yang diperbesarkan. Ini bermakna, 1,265 juta unit saham biasa FGVHB bakal dimiliki KPF. Tetapi, saham ini kemudiannya diserahkan kepada IHC, dan sebagai balasannya, KPF diberi saham keutamaan (tanpa kuasa mengundi) dalam IHC, sekaligus menyahkan KPF kuasa pengawalan dan pembuatan keputusan ke atas hartanya sendiri.

Undang-undang mana yang dipakai dan apa proses yang diikut dalam pengambilalihan saham milik KPF itu oleh Felda tidaklah diketahui. Ianya satu mistri. Saudara Mazlan berspekulasi bahawa “borang durian runtuh” yang telahpun diedarkan kepada peneroka mungkin dijadikan borang refrendum tanpa disedari oleh peneroka. Kalau ada lebih dari 50% ahli KPF memulangkan borang berkenaan yang telah ditandatangani, maka itu sudah memadai bagi pengerusi haram KPF mengistiharkan bahawa majoriti ahli KPF sudah menyokong pelupusan harta KPF kepada FGVHB. Jika benarlah “borong durian runtuh” ini ditukarkan kepada borang refrendum, maka inilah penipuan yang amat keji.  Diharap ada peneroka yang membuat laporan polis jika penipuan ini berlaku.

Seandainya  penyenaraian FGVHB berjaya dilaksanakan, struktur pemilikan saham dalam FGVHB, menurut sumber terpercaya itu, bakal menjadi seperti berikut:
 

Pemegang Saham
Jumlah Saham (juta unit)
%
1 IHC
1,265
37.0
2 Kerajaan Negeri
513
15.0
3 Rakan Kongsi Global
684
20.0
4 Pekerja (Borang Merah Jambu)
86
2.5
5 Pelabur Runcit (pengundian)
68
2.0
6 Pelabur Bumiputera (MITI)
393
11.5
7 Pelabur Institusi Lain
411
12.0

Jumlah
3,420
100.0

Andainya jadual di atas benar, maka implikasinya adalah seperti berikut:
  1. Jelas, selepas penyenaraian, KPF memiliki saham FGVHB pada namanya sahaja. Yang berkuasa penoh ke atas harta itu ialah IHC. Dengan ini dijangka dividen yang akan diterima dari FGVHB oleh KPF akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan (management fee) kepada IHC.  Pendeknya, KPF bakal menjadi “bangkai bernyawa” - ada harta tetapi beri pihak lain mengawal dan mengurus.
  2. Juga, Felda tidak akan memegang apa-apa saham dalam FGVHB selepas penyenaraian. Dalam cadangan penyenaraian disebut bahawa semua saham  FGVHB miliknya berjumlah 1,307 juta unit (38%) bakal dijual pada harga IPO se saham kepada “pelabur yang dikenakpasti” dan ia menjana tunai sebanyak RM5-8 bilion dari penjualan itu.
  3. Dari jadual di atas juga dapat diperhatikan, pekerja Felda diberi borang merah jambu (pasti dapat), tidak kepada peneroka dan ahli keluarga mereka. Namun, kalau peneroka dan ahli keluarga diberikan borang merah jambu pun, tidak ramai yang mampu untuk membelinya kerana satu lot sahaja sudah mencecah kos sebesar RM5,000-RM6,000.
  4. Juga diperhatikan, agihan saham FGVHB kepada pelabur runcit amat kecil, hanya 68,000,000 saham sahaja (2%). Sebahagian besarnya diagihkan secara terkawal melalui “pre-IPO allocation.” Ini mendorong penganalisis untuk berspekulasi bahawa sebahagian besarnya akan pergi kepada UMNO melalui penama-penamanya. Ini adalah cara biasa UMNO meraih dana dari penyenaraian syarikat di bursa saham. Semua orang tahu hal ini.
  5. Rakan Kongsi global bakal menjadi salah satu pemegang saham terbesar di dalam FGVHB mendedahkan Felda kepada pengaruh, kawalan dan manipulasi pelabur dan kapitalis asing. Sukar difahami kenapa Felda yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abd. Razak bertujuan untuk melepaskan orang Melayu tiada bertanah dari belenggu kemiskinan kini mahu dijual kepada orang asing.
 Selepas penyenaraian FGVHB, struktur pemilikan dalam Felda akan menjadi seperti berikut (Rajah 2):

 Felda memiliki 100% IHC (sahama biasa, boleh mengundi).
  • IHC akan memiliki 37% saham FGVHB.
  • Lain-lain pelabur akan memilki 63% saham FGVHB.
  • FGVHB akan memilki 100% saham FHB.
  • KPF hanya memiliki saham keutamaan (tidak boleh mengundi) dalam IHC. 
 Rajah 2: Struktur selepas Penyenaraian FGVHB
 
Isunya: Bagaimanakah Felda boleh mengambilalih harta milik KPF tanpa mendapat kelulusan dan restu dari ahli KPF sendiri?  Ini merampas harta orang namanya. Bagaimana pun, pengalisis melihat bahawa penyerahan tanah Felda kepada pelabur-pelabur selain daripada peneroka menyalahi GSA.



Dr. Rosli Yaakop
Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.