Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan telah
mengeluarkan memo kepada pengusaha industri telekomunikasi dengan
mengarahkan mereka supaya bersedia mengenakan cukai perkhidmatan
sebanyak 6% untuk pelanggan telefon prabayar (prepaid).
"Laporan itu adalah sangat spekulatif kerana tidak ada arahan yang
telah dikeluarkan mengenai perkara ini", Dato' Mohamed Sharil Tarmizi,
Pengerusi SKMM berkata.
Sebelum itu, laporan Bernama telah menyebut bahawa kerajaan mungkin akhirnya telah mengambil keputusan untuk membenarkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan 6 % kepada pelanggan telefon prabayar pada 1 Julai.
Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia
menjangkakan DiGi mendapat manfaat yang paling besar jika khabar angin
ini menjadi kenyataan memandangkan ia mempunyai kadar tertinggi (86.6
peratus) pengguna prabayar, berbanding dengan Maxis (74 peratus) dan
Celcom (77.2 peratus).
"Bersama-sama dengan insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan pada tahun lepas, perkara ini akan meningkatkan lagi perolehan syarikat telekomunikasi dalam jangka panjang".
Salahkan Siapa?
Kalau Rakyat nak salahkan syarikat telekomunikasi pun… memang tak boleh. Rupa-rupanya kerajaan sudah mengenakan cukai perkhidmatan ini ke atas syarikat-syarikat telekomunikasi sejak tahun 1998 dan telah dinaikkan cukai tersebut kepada 6% pada tahun 2010.
Syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang ini terpaksa menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan sebanyak hampir RM 378 Juta sebulan, kerana kerajaan mengatakan pengguna telefon prabayar sudah terlalu ramai dan permintaan tinggi.
Pada September 2011, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan
bahawa mereka akan mengenakan cukai tersebut ke atas Rakyat pula,
tetapi pelaksanaan itu digantung sementara akibat bantahan dari Rakyat.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat serta seluruh Rakyat di negara ini, terutamanya anak-anak muda sudah membuat bantahan keras bahawa dengan mengenakan cukai 6% akan membebankan pengguna manakala perkhidmatan yang diterima tidak begitu baik seperti yang didakwa.
Kalau isu ini kerajaan masih hendak dibincangkan… kami anak-anak muda yakin bahawa CUKAI INI PASTI DILAKSANAKAN SELEPAS PRU13. Cuma sekarang ini mereka takut dengan kebangkitan anak muda menentang cukai 6% ini.
Anak-anak muda ingin menyatakan dengan tegas, bahawa kami akan biarkan pengkhianat-pengkhianat kepada Rakyat ini berbincang atau buat kajian mengenai isu ini, tetapi kami akan PASTIKAN TIDAK AKAN UNDI Bn dalam PRU13 nanti, agar perlaksanaan cukai-cukai yang membebankan ini tidak akan dilaksanakan !
| http://reformisanakmuda.blogspot.com, |
|
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.