Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan telah
mengeluarkan memo kepada pengusaha industri telekomunikasi dengan
mengarahkan mereka supaya bersedia mengenakan cukai perkhidmatan
sebanyak 6% untuk pelanggan telefon prabayar (prepaid).
"Laporan itu adalah sangat spekulatif kerana tidak ada arahan yang
telah dikeluarkan mengenai perkara ini", Dato' Mohamed Sharil Tarmizi,
Pengerusi SKMM berkata.
Sebelum itu, laporan Bernama telah menyebut bahawa kerajaan mungkin akhirnya telah mengambil keputusan untuk membenarkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan 6 % kepada pelanggan telefon prabayar pada 1 Julai.