Mohon klik iklan 1X yer

11 December 2012

Orang luar lebih berkuasa dalam PDRM


Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) sekali mendedahkan bahawa campur tangan di dalam jabatan polis jelas wujud apabila terdapat orang awam lebih berkuasa dan membuat arahan kepada pihak atasan Polis di Raja Malaysia (PDRM).   

Musa yang mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang mana sebelum ini pernah mengugut seorang pegawai tinggi polis berhubung dengan satu projek komunikasi di jabatan tersebut.

"Kes ini melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Datuk dan juga memegang ijazah PhD yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi.
"Beliau telah ditukarkan ke jabatan lain apabila enggan memenuhi permintaan Robert Phang untuk pentauliahan satu projek berkaitan komunikasi bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang melibatkan Robert Phang pada tahun 2009," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Musa memberitahu, pegawai tersebut telah ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Kata beliau lagi, walaupun pegawai tersebut telah dipanggil oleh Ketua Polis Negara namun beliau tetap berkeras tidak mahu menandatangi surat pentaulihan itu dan menyebabkan beliau ditukar 24 jam.

Namun menurutnya, surat pentauliahan itu telah ditandatangi oleh seorang pegawai yang lain bagi tujuan pembayaran walaupun projek tersebut tidak siap sepenuhnya.

"Ini jelas berlaku salah guna kuasa dan segala maklumat yang saya perlolehi ini adalah dari sumber dalaman, tidak perlu saya nyatakan siapa termasuk siapa yang telah diarah pindah itu.

"Kita nampak dengan jelas inilah bukti yang menyatakan wujudnya campur tangan luar di dalam PDRM sehinggakan boleh mengeluarkan arahan tertentu yang menyebabkan keputusan luar biasa dilakukan," sambung beliau lagi.

Musa yang berkata demikian pada satu sidang media yang dianjurkan oleh NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang mana beliau bertindak sebagai penaung.

-Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.