Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di Alor Setar esok.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu.
Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut.