Mohon klik iklan 1X yer

10 May 2012

Jutawan Felda LB Johnson tak mampu bayar bil api, air

Malam tadi aku menjelajah lagi alam website untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Dan aku tersinggah di laman myMetro. Aku terjumpa berita ini. 

Sewajarlah ianya menjadi iktibar semua pihak. Berhati-hati itu perlu. Apabila ada pandangan yang berbeza, jangan cepat melenting apabila berlakunya perbezaan pendapat, tetapi fikir-fikirkanlah dan selidikilah kebenarannya. 

Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah surah 'Iqra'. Maksudnya dalam semua perkara kita perlu rajin mencari berilmu.Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan.

SEREMBAN: Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit.
Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun.

Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya. “Keadaan itu berlaku kerana kebanyakan mereka ‘rambang mata’ apabila mendapat bayaran antara RM1.3 hingga RM1.8 juta, bergantung kepada keluasan tanah.

“Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik,” katanya.

Menurut Norman, ketika mendapat ‘durian runtuh’ pada 1997, penduduk Kampung LBJ bagaikan menerima limpahan emas berikutan pembinaan Litar F1 Sepang terletak hanya lima kilometer dari situ dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya kira-kira 32 kilometer menyebabkan tanah peneroka menjadi rebutan. Katanya, faktor lokasi menyebabkan kawasan itu amat berdaya maju untuk projek komersial seperti industri atau perumahan.

“Kami menjual tanah tetapi akhirnya ada yang menjadi ‘jutawan fakir’ dalam masa beberapa tahun kerana boros membelanjakan wang pampasan, termasuk ada yang melabur dalam skim cepat kaya,” katanya. Menurutnya, ketika menerima wang jualan tanah, suasana ketika itu meriah kerana banyak pameran kereta dan hartanah diadakan di Dewan Orang Ramai, tidak termasuk risalah yang dihantar dari rumah ke rumah,” katanya.



~MyMetro

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.