Mohon klik iklan 1X yer

30 December 2012

Dey UMNO, porahh!


Oleh: Linau Laut

Hakikatnya kita semua tahu Umno yang mulakan topik-topik 13 Mei, hudud, "amanat" Hadi dan lain-lain setiap kali nak pilihanraya..semua orang dah tahu sangat...Dan bodohnya PR pulak ialah suka menyahut umpan palsu umno BN..

28 December 2012

Pakatan Rakyat perlu ajar pengundi



Seorang ADUN BN negeri menafikan dakwaan PKR  bahawa parti pemerintah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan "sesi latihan" untuk membimbing pengundi Orang Asli di Tapah, Perak untuk mengundi BN.

26 December 2012

Pimpinan Pakatan Rakyat di serang

Benda ni dah lama dah aku nak tulis tapi tak berkesempatan tapi kali ni aku luangkan sikit masa untuk cuba tuliskan jugak walaupun idea dengan mood tak berapa nak cantik.

Masa MediaPerak buat roadshow di Parlimen Pasir Salak atas jemputan Pas Kawasan sana, ketika sessi soaljawab antara pihak audien yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan jugak pengundi kawasan sana, ada seorang anak muda yang bertanyakan soalan yang cukup cantik,  menarik, tertarik kau memang da bomb wa cakap lu yang mana aku cukup2 berharap agar soalan yang di kemukakan oleh pemuda tu sebenarnya di tanya oleh pimpinan parti dari gabungan Pakatan Rakyat sendiri.

24 December 2012

Peneroka Felda faham ke


Lantak lah • Tak kisah la ape nak jadi • Nasihat sudah • Cakap baik2 pun sudah • Sindir2 sudah • Tegur pun dah banyak kali.....

Nampaknya perwakilan KPF dah siap sedia menerima keputusan Mesyuarat semula 27 disember ini. 


Arahan Faizol kepada pengurus2 bawak perwakilan kena patuh, kalau tak ikut, alamatnya pengurus akan ditukar atau dipindahkan jauh2. Perwakilan mesti dengar arahan Faizol. Kena sokong agenda mesyuarat. 


Pengundi Parlimen Tg. Malim dan DUN Slim

22 December 2012

Felda: Apa nak jadi dengan KPF


Sekali lagi dengan megah dan bongkak Faizol Ahmad menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan Pengurus Rancangan supaya mempengaruhi para perwakilan KPF menolak usul2 yg dibentangkan dalam Mesyuarat Agong semula KPF pada 27 disember ini.   

Faizol dengan jelas telah mencampuri urusan koperasi yang sepatutnya bebas membuat keputusan. Untuk rekod, semua usul2 yg dibentang semula ini telah diterima sebulat suara dan diluluskan dalam Mesyuarat Agong KPF pada 20 jun lalu. 

Beranikah DS Najib saman Deepak


Naib Presiden, PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan Deepan Jaikishan yang memberi beberapa kenyataan berhubung Najib serta ahli keluarganya.  


Mahfuz berkata lagi, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan dakwaan yang dilakukan Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib tetapi juga nama negara. 



Dalam pada itu, Mahfuz turut memuji keberanian tindakan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan. 


20 December 2012

Kisah Zamri, bola dan Teluk Rubiah



Tahun 80an, masa tu Liga Perdana tengah hot. Team bola yang paling hot masa tu juga ialah Pahang sebab depa mampu membeli pemain terkenal macam Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hasan, Samad Alipitchay. Semua orang minat dengan team Pahang. Orang suka team Pahang…tapi apa yang orang tak tau, team Pahang disponsor oleh tauke sayur di Cameron Highlands.  

Habis tanah di Cameron Highlands digondolkan dan Cameron Highlands tidak lagi sejuk macam tahun 70an. Pelancong berkurangan dan akhirnya yang rugi ialah penduduk tempatan.

19 December 2012

Apa terjadi di Sungai Petani?


Setelah diselidiki, ternyata kes berkenaan hanyalah kes membabitkan kecurian motosikal, bukannya pergaduhan kaum sepertimana yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang mahu melihat wujudnya pergaduhan antara masyarakat India dengan masyarakat Melayu.

Hero pencetus kekecohan Gombak?


Akhirnya admin berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. sila lihat betul2 dan camkan.

Nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Rakyat bangga, Malaysia mencipta 'World Record' lagi

Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

azlanBadan pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Pembantu peribadi dibunuh waktu bergaduh

Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini. 
  
K.S.Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.

18 December 2012

Ini bukan adegan Hollywood


Adegan dalam klip di bawah ni bukan satu aksi dlm filem hollwood dsb ..tapi ia adalah satu kejadian sebenar yg berlaku di bumi anbiya yg kini masih bergolak dan menyaksikan kebangkitan dan perjuangan hebat satu bangsa yg sekian lama ditindas oleh rejim yg sangat kejam.... 

Ia dirakam oleh pejuang yg turut serta berada di tempat kejadian..lihatlah bagaimana seorg pejuang yg begitu berani tampil utk menyelamatkan rakannya yg tercedera akibat terkena tembakan snipper tentera rejim....ALLAHU AKBAR! 

saksikan:

15 December 2012

Karpal mengakui PAS sekutu penting


Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.  

Mahkamah sahkan Utusan Malaysia penyebar fitnah


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.  



Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.

14 December 2012

Penjual 'Tanah Melayu' Penang masih hidup


Umno Pulau Pinang telah pun menggerakkan jentera pilihan raya dengan mengaktifkan 141 pusat daerah mengundi sebagai persiapan awal, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.  

Katanya Umno Pulau Pinang menyahut seruan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera pilihan raya parti di peringkat negeri diperkuat.

"Bagi kami di Umno Pulau Pinang, kami sudah pun bergerak, sudah turun padang, pergi rumah ke rumah dan mengadakan ceramah. Kami terus buat kerja kami, menguatkan jentera pilihan raya," katanya kepada Bernama di Georgetown.

13 December 2012

Cerita pembunuhan Altantuya semakin panas

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula. 

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia. Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.


11 December 2012

Tengku Azlan 'berundur' dari Umno

Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata beliau berhasrat untuk 'berundur' dari Umno.  

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut itu berkata, beliau berkemungkinan akan menyertai Amanah, sebuah NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.  

Bagaimanapun katanya, tindakan itu tidak bermaksud beliau meninggalkan Umno secara total.

“Tak betul, saya hanya ‘berundur’, tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). ‘Amanah’ (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

“InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju,” jelas bekas Menteri Pengangkutan itu kepada lidah rasmi PKR, Keadilandaily.

PBT berhak saman bukan Islam


Takiyuddin yang juga merupakan exco jawatankuasa kerajaan tempatan, pelancongan dan kebudayaan berkata, perkara itu termaktub di bawah Undang-undang Kecil Taman yang dikuatkuasakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.

Malah, saman ke atas orang bukan Islam seperti itu juga dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, katanya.


"Dulu pernah ada satu kes, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) menyaman satu pasangan bukan Islam yang dianggap berkelakuan tidak sopan di KLCC.


"Semua PBT ada undang-undang iaitu Undang-undang Kecil Taman. Undang-undang ini bukan ada di Kelantan sahaja. Semua PBT ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Takiyuddin juga menegaskan, hanya pihak yang diberi kuasa sahaja berhak mengeluarkan saman berkenaan.

Orang luar lebih berkuasa dalam PDRM


Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) sekali mendedahkan bahawa campur tangan di dalam jabatan polis jelas wujud apabila terdapat orang awam lebih berkuasa dan membuat arahan kepada pihak atasan Polis di Raja Malaysia (PDRM).   

Musa yang mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang mana sebelum ini pernah mengugut seorang pegawai tinggi polis berhubung dengan satu projek komunikasi di jabatan tersebut.

"Kes ini melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Datuk dan juga memegang ijazah PhD yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi.

10 December 2012

DS Rosmah jawab dakwaan fitnah


Buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal terbit pada pertengahan Januari depan hari ini dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

NONE
"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya. Penasihat penerbitannya Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman itu.

Terima kasih Lim Guan Eng



Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana telah menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.


Walaupun sering dilabel sebagai anti Islam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, lebih bertanggungjawab untuk membantu Umat Islam di Negeri Pulau Pinang berbanding semasa zaman kerajaan Barisan Nasional di bawah kendalian parti Gerakan. 


Demikian kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar)dalam satu kenyataannya hari ini.

Panji-panji PAS di Gaza


Bendera PAS adalah antara bendera yang berkibar di Gaza mengiringi lebih kurang satu juta umat Islam yang berhimpun di  Sahah Al-Katibah Gaza serta melaungkan 'Khaibar Ya Yahud' (hancurlah kamu wahai Yahudi) sempena Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas.

Ia dikibarkan bagi menyatakan dengan jelas kebersamaan PAS bersama dengan perjuangan umat Islam di Palestin.


9 December 2012

Luahan perasaan Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.

Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

"Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca. Tapi malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik," titahnya. Turut ditimbulkan adalah tuduhan bahawa ucapannya disediakan oleh orang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

7 December 2012

Bersiap siagalah sepenuhnya


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta semua jentera Pakatan Rakyat (PR) di segenap peringkat agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindakan provokasi dan keganasan pihak musuh dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat.

6 December 2012

Siapa pemimpin UMNO di belakang Deepak?

Yang mana mengikuti perkembangan Berita Semasa daripada mula, kami pernah menerbitkan laporan berita mengenai P. Balasubramaniam DI SINI menyentuh kes berprofil tinggi melibatkan pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu yang dikatakan sarat dengan elemen seks, rasuah, penyelewengan & penyelahgunaan kuasa dan pembunuhan.

Terbaru, P. Balasubramaniam hilang entah ke mana, timbul pula Deepak Jaikishan. Siapa pula Deepak Jaikishan?

4 December 2012

Anak tidak sah taraf perlu tindakan Majlis Fatwa


Senator Khairiah Mohamad meminta kerajaan khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil serius masalah peningkatan anak tidak sah taraf kerana ia melibatkan akhlak dan moral rakyat negara ini khasnya yang beragama Islam. 

"Bila kita sebut anak tidak sah taraf bermakna ada kaitan dengan di luar perkahwinan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Mengulas jawapan kepada soalan lisannya yang dikemukakan semalam, Khairiah berkata 10 peratus jumlah anak tidak sah taraf untuk tahun 2010 sahaja sudah menunjukkan perlakuan tidak bermoral berlaku dengan serius.

3 December 2012

Ketua Pemuda Umno Bahagian miliki jongkong emas


Rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.  
    
Mohd Zaidi Mohd Said, 43, berkata kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya pukul 6 pagi hari ini.
    
"Ayah tinggal bersebelahan rumah saya dan dia datang ke rumah untuk melihat keadaan kediaman berikutan kami (beliau dan isteri) tiada di rumah kerana menghadiri perhimpunan agung Umno 2012 di Kuala Lumpur.
    
"Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya di Bukit Mertajam.

2 December 2012

Berita ini dah lama, mungkin ada di antara anda yang telahpun tengok gambar-gambar pemimpin melayu minum arak yang kami paparkan ini. Kami tidak dapat mengsahihkan gambar-gambar tersebut, namun anda sebagai pembaca setia Berita Semasa boleh menilai sendiri samada gambar di bawah adalah super-impose atau tidak.