Mohon klik iklan 1X yer

10 December 2012

DS Rosmah jawab dakwaan fitnah


Buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal terbit pada pertengahan Januari depan hari ini dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

NONE
"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya. Penasihat penerbitannya Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman itu.

Jelasnya, ia merupakan salah satu objektif buku yang memuatkan pelbagai gambar, serta menceritakan kisah hidup Rosmah dari kecil sehingga kini.

"Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya.

"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.

Ketika ditanya, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas apakah dakwaan fitnah yang akan diperjelaskan Rosmah dalam buku berkenaan. "Kita tunggulah. Kemudian," katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media selepas pelancaran buku yang bakal diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) itu.

Jawapan sama juga diberikan oleh pengerusi YAPM, Shamsulbahrin Ludin yang bertindak sebagai penerbit buku berkenaan. "Kena tunggulah. Kita tunggu. Apa yang disediakan akan diteliti dan bila selesai akan dijawab," katanya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran hari ini ialah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.


-Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.