Mohon klik iklan 1X yer

11 December 2012

PBT berhak saman bukan Islam


Takiyuddin yang juga merupakan exco jawatankuasa kerajaan tempatan, pelancongan dan kebudayaan berkata, perkara itu termaktub di bawah Undang-undang Kecil Taman yang dikuatkuasakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.

Malah, saman ke atas orang bukan Islam seperti itu juga dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, katanya.


"Dulu pernah ada satu kes, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) menyaman satu pasangan bukan Islam yang dianggap berkelakuan tidak sopan di KLCC.


"Semua PBT ada undang-undang iaitu Undang-undang Kecil Taman. Undang-undang ini bukan ada di Kelantan sahaja. Semua PBT ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Takiyuddin juga menegaskan, hanya pihak yang diberi kuasa sahaja berhak mengeluarkan saman berkenaan.

Beliau diminta mengulas bidang kuasa pihak berkuasa tempatan di negeri itu untuk mengeluarkan saman ke atas orang bukan Islam, seperti dalam kejadian yang dilaporkan akhbar The Star semalam.

Akhbar berkenaan mendakwa, pihak berkuasa berkenaan mengeluarkan saman ke atas dua orang lelaki bukan Islam dalam satu kejadian di kawasan parkir lapangan terbang Sultan Ismail Petra pada lewat malam.

Dalam satu lagi kes, akhbar itu mendakwa seorang lagi lelaki disaman kerana mendukung teman wanitanya ketika berjoging di Taman Tunku Anis.

Ketika ditanya, Takiyuddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan kesalahan yang dilakukan individu berkenaan.

Tambahnya, isu berkenaan mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat exco esok.

"Saya tak ada kuasa untuk bercakap. Kita Rabu ini ada mesyuarat exco. Mungkin akan dibincang," katanya lagi.

-Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.