Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label negeri-negeri di semenanjung. Show all posts
Showing posts with label negeri-negeri di semenanjung. Show all posts

4 April 2012

Tanah rizab Melayu di Kelantan kekal sejak 1930

Pada 1960 negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Enakmen Tanah Rizab Melayu bertujuan menyekat orang Melayu menjual tanah mereka sewenang-wenangnya kepada bangsa lain. Sedangkan di Kelantan Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujud pada 4 November 1930 semasa di bawah pentadbiran Inggeris. Sejak tempoh itu tanah rizab Melayu di Kelantan kekal seperti mula diwujudkan iaitu seluas 1,309,153.38 hektar atau 85 peratus, manakala bukan rizab Melayu seluas 195,197 hektar (15 peratus).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, di Kota Bharu ada kawasan digazet sebagai tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu sejak 1930.“Tanah di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar ini termasuk dibangunkan hotel adalah bukan tanah rizab Melayu,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di Kota Bharu, kelmarin.