Pada 1960 negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Enakmen Tanah
Rizab Melayu bertujuan menyekat orang Melayu menjual tanah mereka
sewenang-wenangnya kepada bangsa lain. Sedangkan di Kelantan Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujud pada 4 November 1930 semasa di bawah pentadbiran Inggeris. Sejak
tempoh itu tanah rizab Melayu di Kelantan kekal seperti mula diwujudkan
iaitu seluas 1,309,153.38 hektar atau 85 peratus, manakala bukan rizab
Melayu seluas 195,197 hektar (15 peratus).
Pengerusi
Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam
Musa berkata, di Kota Bharu ada kawasan digazet sebagai tanah rizab
Melayu dan bukan rizab Melayu sejak 1930.“Tanah di kawasan
tebing Sungai Kelantan di bandar ini termasuk dibangunkan hotel adalah
bukan tanah rizab Melayu,” katanya ketika membentang kertas kerja pada
Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di Kota Bharu, kelmarin.
