PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan
syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global
Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit
melalui peruntukan khas.AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.