PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan
syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global
Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit
melalui peruntukan khas.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.
"Menjadi
tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi
kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal
Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(Anak).AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.
Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.
Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285).
"Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'.
"Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.