Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label digeledah. Show all posts
Showing posts with label digeledah. Show all posts

3 December 2012

Ketua Pemuda Umno Bahagian miliki jongkong emas


Rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.  
    
Mohd Zaidi Mohd Said, 43, berkata kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya pukul 6 pagi hari ini.
    
"Ayah tinggal bersebelahan rumah saya dan dia datang ke rumah untuk melihat keadaan kediaman berikutan kami (beliau dan isteri) tiada di rumah kerana menghadiri perhimpunan agung Umno 2012 di Kuala Lumpur.
    
"Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya di Bukit Mertajam.