Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label KPF. Show all posts
Showing posts with label KPF. Show all posts

22 December 2012

Felda: Apa nak jadi dengan KPF


Sekali lagi dengan megah dan bongkak Faizol Ahmad menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan Pengurus Rancangan supaya mempengaruhi para perwakilan KPF menolak usul2 yg dibentangkan dalam Mesyuarat Agong semula KPF pada 27 disember ini.   

Faizol dengan jelas telah mencampuri urusan koperasi yang sepatutnya bebas membuat keputusan. Untuk rekod, semua usul2 yg dibentang semula ini telah diterima sebulat suara dan diluluskan dalam Mesyuarat Agong KPF pada 20 jun lalu. 

11 January 2012

PERKASA tubuh j/kuasa penyelaras Felda


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Perkasa Felda Malaysia (Perkasa Felda).

Menurut presidennya, Datuk Ibrahim Ali, jawatankuasa tersebut akan diterajui oleh warga Felda sendiri - Abd Razak Abd Rahim.


Felda kini mendapat perhatian umum ekoran rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia menjelang April tahun ini.

9 January 2012

Seru peneroka sokong senaraikan saham Felda

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengulangi gesaan agar peneroka memberi sepenuh kepercayaan kepada Felda untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

NONEIni kerana katanya, kerajaan yang dipimpin BN bukanlah pentadbir yang zalim mahupun membohongi rakyat dalam apa juga keputusan membabitkan masyarakat.

"Apa pun yang dilakukan kerajaan pada hari ini, semata-mata untuk kebaikan rakyat dan negara, dan ini terbukti apabila ekonomi negara semakin berkembang maju berbanding sesetengah negara lain rakyatnya semakin terhimpit, menderita, susah malah ada negara yang hampir muflis," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dan penerangan bersama pegawai serta pemimpin tanah rancangan Felda Pahang Barat, di Temerloh semalam.