Mohon klik iklan 1X yer

22 December 2012

Felda: Apa nak jadi dengan KPF


Sekali lagi dengan megah dan bongkak Faizol Ahmad menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan Pengurus Rancangan supaya mempengaruhi para perwakilan KPF menolak usul2 yg dibentangkan dalam Mesyuarat Agong semula KPF pada 27 disember ini.   

Faizol dengan jelas telah mencampuri urusan koperasi yang sepatutnya bebas membuat keputusan. Untuk rekod, semua usul2 yg dibentang semula ini telah diterima sebulat suara dan diluluskan dalam Mesyuarat Agong KPF pada 20 jun lalu. 
Diantara usul2 yang dibentangkan dalam mesyuarat lalu ialah
• tidak membenarkan mana2 individu yang didapati bersalah dalam mana2 pertubuhan memegang jawatan dalam KPF, 
• keahlian KPF hanya bagi
lantikan tetap sahaja dan dimane koperasi mempunyai kepentingan, 
• 3 jawatan anggota lembaga dinamakan oleh Felda tertaklok pengesahan Mesyuarat Agong, keanggotaan KPF termasuk yang bersara dan lain2. 

Niat Faizol ialah untuk membolehkan Isa Samad menjadi ahli dan memegang jawatan Pengerusi JPF. 
• Nak balas budi Isa dan bukannya nak jaga kepentingan KPF. 
• Nak bantu FGV yang kian tenat dan parah. 
• Nak guna dana KPF untuk projek rumah melalui satu konsultan yang dilantik. 
• Nak ambik ekuiti KPF dalam Felda Holdings supaya FGV boleh kuasai majoriti share holder dalam Felda Holdings. 

Ini sebenarnya matalamat FGV untuk melacurkan KPF. Sekiranya ahli perwakilan bersedia
menyerahkan jawatan pengerusi KPF kepada seorang pesalah politik yang pernah disabitkan dengan rasuah, maka terpulang lah. ..... Keputusan ditangan para perwakilan. Sekadar mengingatkan perwakilan bahawa: 
• tahun ini KPF hanya dapat pulangan dari Felda Holdings sebanyak rm168 juta 
• berbanding rm390 juta dari tahun lalu. 
• sebelum FGV disenaraikan, KPF dapat meraih pendapatan sekitar rm350 juta. 
Sekarang? 
Masa depan? 
Tuan2 penentunya .......... tepuk dada tanya selera ....... ???????


C&P dari JBWF

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.