Mohon klik iklan 1X yer

6 December 2012

Siapa pemimpin UMNO di belakang Deepak?

Yang mana mengikuti perkembangan Berita Semasa daripada mula, kami pernah menerbitkan laporan berita mengenai P. Balasubramaniam DI SINI menyentuh kes berprofil tinggi melibatkan pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu yang dikatakan sarat dengan elemen seks, rasuah, penyelewengan & penyelahgunaan kuasa dan pembunuhan.

Terbaru, P. Balasubramaniam hilang entah ke mana, timbul pula Deepak Jaikishan. Siapa pula Deepak Jaikishan?

Deepak Jaikishan hanya sekadar seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan karpet sahaja tetapi mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Rosmah Mansor. Baru-baru ini, Deepak Jaikishan ada muncul dalam wawancara beliau dengan Malaysiakini dan mengatakan beliau :
  • Deepak Jaikishan sendiri ada mengaku membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Hebat.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Laporan Polis Deepak Terhadap Kes “Curi Tanah”
  • Deepak Jaikishan kesal terlibat sehingga P Balasubramaniam melakukan pengakuan bersumpah kedua & menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu.
  • Deepak Jaikishan hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang “kawan wanita” yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan.
  • Deepak Jaikishan bersetuju untuk membantu kawan wanitanya kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan kumpulan itu.
  • Siapakah kawan wanita tersebut? Siapakah kumpulan itu?
Kami ada menunggu juga, kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian atau TV3 mahupun TV1 ada mengeluarkan laporan berita ini kerana mereka dilihat mengambil berat tentang salahguna kuasa & penelewengan terutamanya melibatkan negeri-negeri di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Malangnya tiada…..

Ini berita besar. Adakah apabila Deepak mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim barulah akan masuk masuk headline semua media perdana, TV1, TV2, TV3 dan akan disiarkan berulang kali? begitu?

Yang peliknya orang lain yang kena tuduh, orang pula yang bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya…

Orangnya tidak lain tidak bukan, Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oh ya….kes Deepak ini antara dia dengan Najib dan Rosmah..Apa kena mengena dengan Zahid Hamidi?
Kata Zahid Hamidi pada 30 November 2012, beliau sendiri yang akan menjawab isu berhubung dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penangguhan di perhimpunan agung Umno yang berlangsung kelmarin…..

    “Esok saya akan jawab dalam ucapan penangguhan,” jawab Ahmad Zahid ringkas

Tetapi punya tunggu selama 20 minit sehingga habis ucapannya, tiada satu butir ayat pun tidak keluar daripada mulut Zahid Hamidi bagi menjawab dakwaan Deepak Jaikishan.

 P/S : MACC sila lakukan tanggungjawab anda..

PP/S : Adakah dengan ini Pilihanraya UMUM ke 13 akan ditangguhkan untuk beberapa ketika?
- Beritasemasa.com

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.