Mohon klik iklan 1X yer

28 December 2012

Pakatan Rakyat perlu ajar pengundi



Seorang ADUN BN negeri menafikan dakwaan PKR  bahawa parti pemerintah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan "sesi latihan" untuk membimbing pengundi Orang Asli di Tapah, Perak untuk mengundi BN.ADUN Ayer Kuning yang juga pengerusi BN Tapah, Samsudin Abu Hassan memberitahu akhbar Sinar Harian bahawa program itu, yang dianjur bahagiannya, adalah untuk mendidik pengundi Orang Asli cara yang betul untuk mengundi.Beliau menjelaskan ia diadakan selepas mereka mendapati bilangan undi rosak di kalangan pengundi Orang Asli dalam pilihan raya umum lepas adalah tinggi. Samsudin berkata, pihaknya tidak pernah memaksa sesiapa untuk mengundi BN kerana ia hak pengundi untuk mengundi sesiapa yang mereka mahu. Sebaliknya, tegas beliau, pihaknya hanya mendidik mereka cara untuk memangkah dan mengundi dengan betul.Katanya, terpulang kepada PKR jika mereka juga mahu berbuat demikian.Samsudin juga mengakui 5kg beras telah diberikan kepada setiap pengundi Orang Asli, tetapi menegaskan bahawa ia bukan bertujuan untuk memancing undi.

1 comment:

  1. Sepatutnya orang yang belajaq la kena bawa "pengeras"nya. Ini puak yang mengajar pulak bagi "pengeras" 5kg kepada setiap anak murid.

    Memang kalau dah dasar penyamun dan penipu...dalam semua bab depa nak tipu juga seboleh-bolehnya.....

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.