Hampir seminggu Pakatan tidak dapat 
menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya 
wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan 
arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24
 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya 
pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara
 khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib 
beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di 
Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak
 hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua 
yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk 
menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.
![]()  | 
| foto 1 : Najib bergembira dibalik luka rakyat Perak | 
Saya selaku pengundi di negeri Perak 
merasa sangat marah dan benci dengan apa yang berlaku. Saya tidak 
menyangka ketiga tiga Adun ini sanggup ‘menjual tubuh’ mereka kepada 
BN.Majoriti rakyat negeri Perak sangat marah dengan  apa yang 
berlaku.Kerajaan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan
 angkuhnya oleh BN. Semua orang tahu Najib Dan Zaid Hamidi adalah 
‘Master Plan’ disebalik rampasan kuasa terancang ini. Oleh sebab itu, 
dua watak ini menjadi watak yang paling dibenci pada ketika itu.
![]()  | 
| foto 2 : rakyat Malaysia tidak akan melupakan sidang media ini selama lamanya | 
Pada waktu itu,seluruh rakyat Malaysia 
berduka. Namun BN gembira. Mereka gembira dengan kuasa. Sejarah tercatat
 kerana 3 Adun Pakatan yang hilang seminggu rupa rupanya berpakat dengan
 Najib untuk menumbangkan kerajaan sah di Perak.Entah berapa juta 
bayaran yang mungkin mereka terima.Inilah yang menjadi kepercayaan ramai
 orang, iaitu mereka dibeli. Dato Nasaruddin Hashim yang sudah masuk PKR
 dilihat juga kembali ke pangkuan BN. Pelik sungguh. Entah dimana harga 
diri mereka. Sanggup mereka mengkhianati pengundi pengundi mereka.Saya 
yakin ke empat empat Adun ini akan dihukum oleh rakyat diatas 
pengkhianatan besar yang mereka lakukan. Mereka sudah tidak ada masa 
depan dalam politik Perak.
![]()  | 
| foto 3 : tiada maaf bagimu wahai pengkhianat rakyat | 
Perak terus dilanda kebingungan. Kini BN 
ada 28 kerusi. Pakatan juga 28 kerusi. 3 lagi Adun adalah adun bebas. 
Jadi siapa sebenarnya memiliki majoriti di Perak?ketiga tiga Adun PR 
yang melompat itu sebenarnya sudah membuat perjanjian bertulis bahawa 
sekiranya mereka lompat parti,maka kerusi dun mereka akan kosong secara 
automatik.Maka speaker pun mengeluarkan notis kekosongan 3 kerusi Dun 
iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kepada SPR. Namun SPR dengan
 bodohnya membantah. Mereka mendakwa tiada kekosongan berlaku. Pakar 
undang undang merasa pelik, bagaimana SPR boleh mengatasi suara speaker 
dewan?Tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya. Tapi kini SPR sudah 
canggih. Maka isu ini kini dibawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat.
Seterusnya Kenapa BN mengambil 2 orang 
bekas EXCO bermasalah ini?adakah demi kuasa , BN sanggup mengutip sampah
 sarap dari luar?Ramai orang melihat 2 orang bekas EXCO ini sanggup 
melompat parti kerana ingin mengelakkan hukuman mahkamah ke atas 
dakwaaan rasuah  mereka. mereka mungkin tidak ada cara lain. hanya BN 
mungkin yang bisa menyelamatkan mereka. Rakyat Malaysia tertanya tanya, 
sejak mereka melompat menjadi Wakil Bebas, perbicaraan kes mereka tidak 
lagi kedengaran. tidak seperti dulu,sentiasa mendapat liputan 
meluas.Entah apa sudah jadi kita pun tak tahu. Mungkin hakim pun dah 
buat buat lupa. Hee Yit Foong pula keluar parti kerana masalah peribadi.
 Kononnya tidak puas hati.Beliau keluar kerana agenda peribadi yang 
tidak dapat ditunaikan.
![]()  | 
| foto 4 : sekadar sindiran | 
![]()  | 
| foto 5 : sekadar kiasan | 
Nizar merayu untuk membubarkan Dun. Namun
 Sultan menolak. Sultan terus melantik Zambry sebagai Menteri Besar 
sedangkan masih banyak perkara yang masih menjadi persoalan. Pertama, 
Tiada undi tidak percaya terhadap nizar di sidang dun. Justeru Nizar 
kekal sebagai menteri besar selagi undi tidak percaya tidak dilakukan. 
Kedua, status ketiga tiga adun yang melompat juga masih kabur. Speaker 
sudah mengosongkan kerusi mereka,namun SPR menolak padahal ini adalah 
kuasa mutlak speaker untuk menentukan kekosongan mana mana kerusi. 
Semuanya kalut. Maka Nizar pun membawa kes ini ke mahkamah bagi 
menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.
Mulanya rakyat marah kepada BN. Kini 
rakyat kecewa pula dengan istana. BN dilihat cuba berselindung dibalik 
istana. Nizar pula digelar derhaka kepada Sultan kerana tidak melepaskan
 jawatan sebagai Menteri Besar. Padahal Nizar bertindak mengikut undang 
undang. Propaganda Nizar sebagai penderhaka raja,boneka DAP terus 
dimainkan bagi membuatkan rakyat benci kepada Nizar. Namun BN silap. 
Liputan meluas terhadap Nizar mengharumkan lagi nama beliau diseluruh 
negara. Secara tiba tiba Nizar menjadi popular. Rakyat Malaysia 
bersimpati dan sayang kepada beliau. Kini beliau muncul sebagai icon 
baru bagi PAS.Kemana saja beliau pergi, beliau akan disambut ribuan umat
 manusia yang ingin melihat beliau dari dekat.
Pakatan Rakyat berjaya mencuit sentimen 
rakyat. Rakyat benci BN.Rakyat Perak nyata terus bersama Nizar. Nizar 
berkali kali mendesak untuk membubarkan Dun. Serahkan semula mandat 
memilih kepada rakyat,bukan mahkamah. namun BN enggan. BN takut. Tun Dr 
Mahathir sendiri meramalkan BN bakal ‘kalah teruk’ sekiranya pilihanraya
 mengejut dibuat di Perak. Jadi BN akan cuba mengelakkannya dengan apa 
cara sekalipun
- Sumber





ingatkan cerdik ropanya bangang...
ReplyDeletesultan azlan pun curi takhta......
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletepertama dlm sejarah politik adun mesra bn wujud...
dua permintaan ramai tidak dipedulikan dalam pelan tindakan pendidikan kebangsaan 2013-2025